Ahad, September 18, 2011

Rumah Terbuka Pangsapuri E-Masvilla 2011

Alhamdulillah.... Jawatankuasa Pengurusan Bersama Pangsapuri E-Masvilla telah menganjurkan majlis tersebut pada 17 Sep 2011 bertempat di perkarangan tempat letak kereta pangsapuri. Kehadiran para penduduk dan tetamu sangat menggalakkan. Pihak Jawatankuasa mengucapkan ribuan terima kasih di atas sambutan yang diberikan dan acara-acara seperti ini akan diteruskan bagi menguatkan perpaduan dikalangan semua penduduk.



Klik disini untuk lihat gambar

Jumaat, Ogos 05, 2011

Majlis Berbuka Puasa Pangsapuri E-Masvilla

Satu majlis berbuka puasa akan diadakan di Surau E-Masvilla dengan kerjasama Jawatankuasa Surau E-Masvilla dan JMC mengikut aturcara seperti berikut:

Tarikh: 6 Ogos 2011

Aturcara Majlis:

a.  Majlis Berbuka Puasa.
b.  Solat Maghrib berjemaah.
c.  Solat Isya' berjemaah.
d.  Solat Tarawih berjemaah.
e.  Jamuan moreh.

Justeru, semua penduduk Pangsapuri E-Masvilla yang beragama Islam bersama keluarga di jemput untuk bersama-sama hadir di majlis yang telah direncanakan. Sumbangan juadah untuk berbuka dan moreh juga dialu-alukan dari semua penduduk.

Sabtu, Julai 02, 2011

Majlis Isra' Mikraj P/Puri Emasvilla 2011

Alhamdulillah, Majlis yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Surau dengan kerjasama pihak JMC telah berjaya dilaksanakan pada 1 Jul 2011. Majlis tersebut yang dimulakan dengan solat maghrib diikuti bacaan yaasin serta sedikit tazkirah mengenai peristiwa besar Isra' Mikraj. Majlis pada malam tersebut diketuai oleh Tuan Hj Amran selaku penasihat JMC E-Masvilla.

Antara jemputan yang hadir adalah pihak kontraktor yang melakukan pemotongan bukit, rakan-rakan PTT Sepang dan Rakan-rakan dari Taman Saroja dan Taman Mawar 1. Kehadiran pada malam tersebut amat memberangsangkan. Pihak Jawatankuasa Surau mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran para penduduk dan tetamu jemputan. Acara-acara seperti ini akan diteruskan dimasa-masa hadapan. Insyaallah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..
SUMBER:
http://fullfilth.blogspot.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Sila klik di sini untuk lihat gambar

Rabu, Jun 29, 2011

KERJA-KERJA PEMOTONGAN BUKIT

Alhamdulillah, segala usaha yang kita jalankan telah menampakkan hasilnya kerana kerja-kerja pemotongan bukit tersebut akan dijalankan setelah mendapat persetujuan Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak-pihak lain yang berkaitan. Pihak JMC telah mendapat makluman daripada syarikat yang telah dipilih untuk menjalankan kerja-kerja tersebut. Kemungkinan besar kerja-kerja pemotongan tersebut akan bermula mulai minggu hadapan.

Pihak JMC akan sentiasa memantau kerja-kerja tersebut bagi mengelakkan kesulitan kepada semua penduduk di Pangsapuri E-Masvilla. Pihak JMC juga akan memajukan surat ucapan terima kasih kepada Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor, Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Daerah Sepang dan MP Sepang sebaik sahaja kerja-kerja tersebut dijalankan.

Selasa, Jun 07, 2011

Lawatan Ahli Parlimen Sepang bersama ADUN Sg Pelek

Rentetan peristiwa tanah runtuh di Apartment E-Mas Villa, Ahli Parlimen Sepang, YAB Dato' Seri Ir Mohd Zin bin Mohamed bersama ADUN Sg Pelek, YAB Yap Ee Wah telah mengadakan lawatan ke lokasi tanah runtuh. Pihak TV3 bahagian berita telah membuat liputan sewaktu lawatan tersebut. 

YAB Dato' Zin berharap satu tindakan segera dan proaktif perlu diambil oleh pihak yang bertanggungjawab iaitu MP Sepang dan Pejabat Tanah Daerah Sepang. Menurut jurutera MP Sepang, satu mesyuarat telah diadakan pada hari ini di Pejabat Daerah Sepang dan telah meminta KKM membuat keputusan segera samada untuk melakukan sendiri kerja-kerja ataupun memberi kebenaran kepada MP Sepang dan Pejabat Tanah untuk mengambil tindakan.

YAB Dato' Zin juga memberi peringatan agar tindakan dibuat sebelum sesuatu kejadian yang tidak diingini kepada penduduk berdekatan.




Dari kiri En Mohd Zaini, Tim Pengerusi  E-Mas Villa,  En Zulkifli , Jurutera MP Sepang,  En Zainuddin,  Wakil JMC,  En  Omar,  Jurutera Daerah Sepang, Ahli Parlimen Sepang, YAB Dato' Seri Ir Mohd Zin, ADUN Sg Pelek, YAB Yap Ee Wah.



Sila klik di sini untuk lihat gambar

Isnin, Jun 06, 2011

Terbitan Akhbar Berkaitan Laporan Tanah Runtuh

Aduan piahk JMC kepada Harian Metro dan Berita Harian berkenaan tanah runtuh di kawasan Pangsapuri E-Mas Villa telah di terbitkan pada hari ini 06 Jun 2011. Kepada penduduk yang terlepas membaca artikel tersebut boleh melihat melalui BLOG ini.

Klik di sini lihat artikel dari Berita Harian
Klik di sini lihat artikel dari Harian Metro

Isnin, Mei 30, 2011

Terkini Mengenai Tanah Runtuh

Pihak JMC telah difahamkan bahawa perkara ini telah sampai ke pengetahuan Kementerian Kesihatan Malaysia cawangan pembangunan PUTRAJAYA dan pada 30 Mei 2011 jam 9 pagi, 3 orang wakil dari Kementerian tersebut telah hadir bagi melihat keadaan bukit tersebut. Bersama-sama mereka adalah Setiausaha JMC P/Puri E-Masvilla.

Pihak Kementerian Kesihatan memberikan respon positif terhadap keadaan tersebut dan akan segera membuat laporan kepada cawang cerun Jabatan Kerja Raya bagi menggesa supaya kerja-kerja pemotongan bukit dilaksanakan dengan secepat mungkin. Justeru, dengan perkembangan tersebut pihak JMC pada hari yang sama juga telah ke pejabat Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor bagi menyerahkan surat aduan ke 2 berkenaan keadaan tanah runtuh tersebut.

Kita berharap tindakan segera akan diambil oleh pihak-pihak yang berkaitan bagi menyelesaikan situasi ini. Kepada semua penduduk diharap dapat memberikan sokongan kepada JMC. Sekian.

Khamis, Mei 26, 2011

Maklumat Untuk Semua Penghuni Di Appt E-Mas Villa

Kejadian pecah rumah telah banyak dilaporkan di kawasan sekitar Taman-Taman di B.B Salak Tinggi. Terbaru adalah pada 25 Mei iaitu di Taman Ixora. Dua kejadian pecah rumah telah dilaporkan di sana. Waktu kejadian berlaku adalah pada waktu tengah malam sehingga subuh.
Masvilla mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua penghuni E-Masvilla supaya mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya dan mengawasi keadaan sekitar rumah dan jiran bersebelahan. Pastikan rumah anda sentiasa berkunci. Kejadian sebegini berkemungkinan berlaku di kawasan kita  memandangkan cuti sekolah yang panjang mulai minggu hadapan dan ramai penduduk akan bercuti untuk balik ke kampung.

Rabu, Mei 25, 2011

Terkini Berkaitan Tanah Runtuh

Pihak JMC telah mendapatkan maklumat berkenaan status tanah runtuh di hadapan Pangsapuri kita dan pemilik tanah tersebut adalah Kementerian Kesihatan Malaysia. Sehubungan itu, pada 25 Mei 2011 wakil dari KKM iaitu Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan), Hj Mohd Jubri bin Hj Jaafar telah hadir bagi melihat keadaan tanah runtuh tersebut. Bersama-sama beliau adalah Timbalan Pengerusi JMC E-Masvilla,  En Mohd Zaini.

Menurut beliau pihak KKM akan mengambil tindakan yang sesuai bagi menghalang kejadian tanah runtuh terjadi di kawasan ini, namun ia mungkin akan mengambil sedikit masa dan bagi Masvilla, ini adalah berita baik kerana melihatkan keadaan bukit tersebut dikhuatiri tanah bukit tersebut boleh runtuh pada bila-bila masa.

Sabtu, Mei 14, 2011

CADANGAN PEMASANGAN AUTOGATE

Untuk pengetahuan, pihak JMC sedang membuat perancangan untuk memasang ‘autogate’  di laluan masuk utama Pangsapuri E-Mas Villa. Tujuan utama pemasangan tersebut adalah bagi mengawal keluar dan masuk kenderaan yang bukan dimiliki oleh pemilik / penyewa pangsapuri ini.  Bagi pemilik / penyewa akan diberikan kad ‘access’  pergerakan keluar dan masuk ke Pangsapuri ini. 

 Pihak JMC juga memerlukan maklumbalas dari semua penduduk tentang cadangan pemasangan ’autogate’ ini. Justeru, satu memo telah diberikan kepada semua pemilik/penyewa unit-unit rumah di Pangsapuri E-Masvilla. 


 Sila berikan komen atau cadangan anda berkenaan perkara  ini. Anda juga boleh layari survey yang disediakan untuk memberikan maklumbalas. Maklumat yang diperolehi hasil dari maklumbalas para penduduk akan membantu pihak JMC dalam menilai sejauhmana keperluan pemasangan ’autogate’ di kawasan kediaman kita ini.



Sila klik disini untuk Online Survey, tq.



Ahad, April 10, 2011

Aktiviti Gotong Royong E-Masvilla

Badan Pengurusan Bersama E-Masvilla, telah menganjurkan satu aktiviti Gotong Royong bagi membersihkan persekitaran pangsapuri ini agar kelihatan bersih dan cantik dan pada masa yang sama juga dapat menghapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes.

Selain itu tujuan aktiviti ini diadakan juga adalah bagi mengeratkan silaturrahin antara semua penduduk. Walaupun tidak semua penduduk yang hadir tetapi aktiviti tersebut boleh dianggap berjaya kerana berkat kerjasama dari segelintir yang hadir.

Aktiviti tersebut bermula dari jam 9 pagi dan tamat pada jam 1200 t/hari.




Sila klik disini untuk lihat gambar

Khamis, April 07, 2011

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil

Majlis bacaan Yaasin dan Tahlil telah di adakan di Surau E-Masvilla pada 07 Apr 2011. Majlis diketuai oleh Tuan Hj Amran. Alhamdulillah, majlis tersebut telah berlangsung dengan lancar dan pada masa yang sama juga dapat mengeratkan sillaturrahim diantara penduduk-penduduk Pangsapuri E-Masvilla.

Sebelum bermulanya acara tersebut, ada diselitkan sedikit ceramah disampaikan oleh Tuan Hj Amran. Diantara petikan ceramah adalah supaya semua penduduk E-Masvilla dapat bekerjasama dalam apa juga hal yang boleh membawa kepada kesejahteraan semua penduduk khasnya. 

Beliau juga menyeru kepada semua penduduk agar dapat bersama-sama mengimarahkan surau yang tersedia di Pangsapuri ini. 


sila klik disini untuk lihat gambar semasa majlis berlangsung

Selasa, April 05, 2011

Maklumbalas Aduan Kejadian Tanah Runtuh

Untuk perhatian semua penduduk E-masvilla, berhubung dengan aduan kejadian tersebut yang telah dilaporkan oleh salah seorang dari penduduk E-Masvilla, disini saya sertakan maklumbalas terkini dari pihak Majlis Perbandaran Sepang untuk makluman kita bersama.

Kepada Saudara AMIAN ALIMAN BIN ABDUL KHALID (Blok C-304), masvilla bagi pihak JMC mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala usaha yang saudara lakukan demi keselamatan kawasan Pangsapuri E-Masvilla. Bersama-samalah kita berdoa agar tindakan segera akan dilakuan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

No. Siri Aduan: 10916
05 Apr 2011
C-304 APPT E-MAS VILLA,
JLN MAWAR 2A,
TAMAN MAWAR,

U/P : SAMIAN ALIMAN BIN ABDUL KHALID
MAKLUMBALAS JAWAPAN
Perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
Terima kasih di atas aduan pihak tuan.

1) Untuk makluman pihak tuan,lawatan tapak telah dilakukan pada 29 mac 2011 dan mendapati aduan adalah benar. pemantauan berkala akan dilaksanakan berterusan untuk memantau pergerakan tanah dan seterusnya menilai sebarang kaedah pembaikan yang sesuai.
Jika terdapat sebarang pertanyaan,sila hubungi Pengarah Kejuruteraan Majlis Perbandaran Sepang En.Zulkefli Bin Mohamed Arif ditalian 03-83190200 Ext:232.
Oleh yang demikian, pihak majlis berharap tuan/puan berpuas hati dengan penjelasan di atas.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,

Jabatan Kejuruteraan
Majlis Perbandaran Sepang
* Ini adalah cetakan komputer & tidak perlu ditandatangani
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isnin, April 04, 2011

Tanah Runtuh: Tempat Meletak Kenderaan

Kepada semua penduduk di Blok B, Pangsapuri E-Masvilla. Diminta kerjasama semua untuk meletakkan kereta anda di tempat letak kereta di antara blok B dan C. Tujuan arahan ini dikeluarkan adalah sebagai langkah  untuk mengelakkan sebarang kejadian kerosakan yang mungkin berlaku tehadap kereta tuan-tuan kerana dari pemerhatian pihak kami, keadaan tanah runtuh pada bukit di hadapan blok B semakin buruk.

Disebabkan keadaan hujan dan panas yang tidak menentu, dikhuatiri tanah bukit tersebut akan runtuh. Pihak JMC sedang berusaha untuk mengambil tindakan yang perlu bagi menangani masalah ini. Diharap semua penduduk di Blok B mengambil serius terhadap perkara ini.

Khamis, Mac 31, 2011

Mesyuarat Kali ke-2 Ahli Jawatankuasa JMC E-Masvilla

Kepada semua Ahli Jawatankuasa JMC, mesyuarat tersebut akan diadakan di dewan serbaguna E-Masvilla pada 3 Apr 2011 selepas solat isya'. Semua Ahli Jawatankuasa di minta hadir pada tarikh tersebut.
Perkara yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:

1. Mengesahkan minit mesyuarat pertama JMC E-Masvilla.
2. Perlantikan Biro2.
3.Hal-hal lain.

Selain dari mesyuarat tersebut, semua Ahli Jawatankuasa di jemput juga berjemaah Solat Maghrib di Surau E-Masvilla kemudian kita akan bersama-sama menziarahi sahabat di kawasan kita iaitu En Zulkifli (C-G10). Beliau telah selamat menjalani pembedahan pintasan jantung pada 25 Mac 2011.

Rabu, Mac 23, 2011

Mesyuarat Kali Pertama Badan Pengurusan Bersama (JMC) 2011

Maklumat kepada semua AJK, mesyuarat tersebut akan diadakan pada 23 Mac 2011 selepas solat isya' di dewan sebaguna E-Masvilla.

Agenda Mesyuarat:

1. Pengesahan minit Mesyuarat Agung Luarbiasa 2011.
2. Isu tanah runtuh.
3. Bincang isu-isu pengeluaran cek bagi perbelanjaan yang dipersetujui.
4. Mengemaskini status akaun untuk mesyuarat yang kedua.

Isnin, Mac 21, 2011

Kejadian Tanah Runtuh Di Hadapan Pangsapuri E-Mas Villa

     Kejadian tanah runtuh....., apakah tindakan yang harus diambil memandangkan sebahagian tanah di kawasan bukit berhadapan Pangsapuri E-Masvilla dilihat telah mengalami keruntuhan yang agak teruk. Kepada siapakah harus kita adukan perkara ini...? Diharap para penduduk yang melihat keadaan ini dapat memberikan input tentang tindakan yang boleh kita ambil untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku...?

Klik disini untuk melihat keadaan tanah runtuh tersebut.

Ahad, Mac 20, 2011

Mesyuarat Agung Luarbiasa Pangsapuri E-Masvilla

Mesyuarat telah diadakan seperti tarikh dan masa yang telah diberitahu. Mesyuarat telah di pengerusikan oleh En Mohamad Yang bin Salleh selaku Pengerusi baru yang telah dilantik bagi penggal 2011/2013. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

1. Majlis perasmian.
2. Pembubaran Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMC) sedia ada.
3. Perlantikan pengerusi mesyuarat.
4. Pemilihan pencatit minit mesyuarat.
5. Perlantikan Ahli Jawatankuasa badan Pengurusan Bersama (JMC) baru.
6. Hal - Hal lain.

Kos bagi mesyuarat ini adalah seperti berikut:
1. Belanja makan dan minuman       - RM 800
2. Sewaan 2 buah khemah              - RM 360
3. Fotokopi notis menyurat Agong  - RM 15

Barisan Ahli Jawatankuasa JMC P/Puri E-Mas Villa penggal 2011/2013
Klik untuk melihat lebih gambar

Rabu, Mac 16, 2011

Mesyuarat EGM Masvilla

Penduduk E-Masvilla dijemput untuk hadir ke mesyuarat EGM Masvilla pada tarikh dan waktu seperti berikut:

Tarikh:        19 Mac 2011.
Tempat:       Dewan Serbaguna Masvilla.
Waktu:        10 pagi.

Tujuan mesyuarat adalah bagi melantik Ahli Jawatankuasa baru JMC. Marilah kita bersama-sama hadir meramaikan mesyuarat tersebut demi kerukunan komuniti kita seluruhnya. 

Selasa, Februari 01, 2011

Hazard Report : Tanah Runtuh

01 Feb 2011 1800H. Hari ini setelah kawasan ini di landa hujan beberapa hari, masvilla telah terlihatkan satu keadaan berbahaya yang boleh dikongsi bersama semua penduduk E-Masvilla dan juga Taman Mawar. Masvilla telah terjumpa satu runtuhan kecil tanah di kawasan bukit bersebelahan Pangsapuri E-Mas Villa.

Pandangan dari rumah pengawal Pangsapuri E-Masvilla
Apakah punca keadaan ini terjadi.? Tanah runtuh berpunca daripada kegagalan bahan tanah atau batuan yang tidak dapat bertahan dari satu kedudukan akibat beberapa faktor tertentu. Oleh itu, proses susutan jisim tanah berlaku pada permukaan bumi. Punca berlakunya tanah runtuh boleh disebabkan oleh beberapa faktor ringkas iaitu:
 
a.   Kandungan air yang tinggi menyebabkan tanah menjadi tepu dan hilang sifat kohesifnya. Tanah akan menjadi longgar dan mudah bergerak serta mengalir ke tempat lain. Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil.

b.   Berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji (dlm kes ini tx mungkin ada salji) ,timbunan batu atau bijih (bijih pun mungkin tidak), daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh.
c.   Hujan lebat yang berterusan juga boleh mengakibatkan tanah cerun menjadi tepu dan longgar serta berkemungkinan besar mengalami runtuhan. 

Pandangan secara dekat dari Pangsapuri E-Masvilla
Jadi, kepada penduduk-penduduk yang terbaca artikel ini, mohon berikan pendapat anda apakah tindakan yang seharusnya kita lakukan bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku.  Bersama-sama ini masvilla sertakan gambar keadaan berbahaya tersebut untuk dikongsi bersama.








Isnin, Januari 10, 2011

Kejadian Depan Mata

Pada hari sabtu yang lepas, 8 jan 2011......setelah agak lama tx menulis......masvilla telah menyaksikan satu keadaan yang menyebabkan menaikkan kemarahan. Ada ker patut mamat nie, masvilla ingat dia nie orang luar....sebab tx besa tgk kelibat dia sebelum nie. Ada ker patut dengan malas dan selamba dia buang sampah di tepi pagar bangunan Blok C sedangkan rumah sampah rasanya bukanlah jauh mana pon.

Terus saja masvilla sound dia..."hallo brader....tong sampah tx jauh pon.....buang sampah jgn merata2lah". Tx taulah kenapa tetapi pada masa melihat dia melakukan onar di kawasan kita nie....datang perasaan marah yang sangat2. Dengan selamba mamat tu pon ambil semula sampah dia tadi...disimpah dalm kereta dia dan berlalu pergi. Hah.....puas hati masvilla. Jadi kepada penduduk2.... jagalah kebesihan kawasan kita ini.....jgn buang sampah merata2.

Seperkara lagi.... tolonglah kalau nak buang sampah dari rumah tuan2 tu....pastikanlah air2 sampah yang ada tu jgnlah meleleh2 sepanjang jalan tuan2 ke rumah sampah. Prihatinlah sikit dgn jiran tetangga.....bukan kita sorang jer yang guna tangga tu.