Kejadian pecah rumah telah banyak dilaporkan di kawasan sekitar Taman-Taman di B.B Salak Tinggi. Terbaru adalah pada 25 Mei iaitu di Taman Ixora. Dua kejadian pecah rumah telah dilaporkan di sana. Waktu kejadian berlaku adalah pada waktu tengah malam sehingga subuh.
Masvilla mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua penghuni E-Masvilla supaya mengambil langkah keselamatan yang sepatutnya dan mengawasi keadaan sekitar rumah dan jiran bersebelahan. Pastikan rumah anda sentiasa berkunci. Kejadian sebegini berkemungkinan berlaku di kawasan kita memandangkan cuti sekolah yang panjang mulai minggu hadapan dan ramai penduduk akan bercuti untuk balik ke kampung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan