Rentetan peristiwa tanah runtuh di Apartment E-Mas Villa, Ahli Parlimen Sepang, YAB Dato' Seri Ir Mohd Zin bin Mohamed bersama ADUN Sg Pelek, YAB Yap Ee Wah telah mengadakan lawatan ke lokasi tanah runtuh. Pihak TV3 bahagian berita telah membuat liputan sewaktu lawatan tersebut.
YAB Dato' Zin berharap satu tindakan segera dan proaktif perlu diambil oleh pihak yang bertanggungjawab iaitu MP Sepang dan Pejabat Tanah Daerah Sepang. Menurut jurutera MP Sepang, satu mesyuarat telah diadakan pada hari ini di Pejabat Daerah Sepang dan telah meminta KKM membuat keputusan segera samada untuk melakukan sendiri kerja-kerja ataupun memberi kebenaran kepada MP Sepang dan Pejabat Tanah untuk mengambil tindakan.
Sila klik di sini untuk lihat gambar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan