Khamis, Mac 31, 2011

Mesyuarat Kali ke-2 Ahli Jawatankuasa JMC E-Masvilla

Kepada semua Ahli Jawatankuasa JMC, mesyuarat tersebut akan diadakan di dewan serbaguna E-Masvilla pada 3 Apr 2011 selepas solat isya'. Semua Ahli Jawatankuasa di minta hadir pada tarikh tersebut.
Perkara yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:

1. Mengesahkan minit mesyuarat pertama JMC E-Masvilla.
2. Perlantikan Biro2.
3.Hal-hal lain.

Selain dari mesyuarat tersebut, semua Ahli Jawatankuasa di jemput juga berjemaah Solat Maghrib di Surau E-Masvilla kemudian kita akan bersama-sama menziarahi sahabat di kawasan kita iaitu En Zulkifli (C-G10). Beliau telah selamat menjalani pembedahan pintasan jantung pada 25 Mac 2011.

1 ulasan:

Alias Suman berkata...

Lawatan ke rumah En. Zulkifli telah dihadiri oleh beberapa AJK JMC termasuk Pengerusi. Pihak JMC mendoakan semoga kesihatan En Zulkifli bertambah baik dan pulih seperti sedia kala. Amin.