Untuk pengetahuan, pihak JMC sedang membuat perancangan untuk memasang ‘autogate’ di laluan masuk utama Pangsapuri E-Mas Villa. Tujuan utama pemasangan tersebut adalah bagi mengawal keluar dan masuk kenderaan yang bukan dimiliki oleh pemilik / penyewa pangsapuri ini. Bagi pemilik / penyewa akan diberikan kad ‘access’ pergerakan keluar dan masuk ke Pangsapuri ini.
Pihak JMC juga memerlukan maklumbalas dari semua penduduk tentang cadangan pemasangan ’autogate’ ini. Justeru, satu memo telah diberikan kepada semua pemilik/penyewa unit-unit rumah di Pangsapuri E-Masvilla.
Sila berikan komen atau cadangan anda berkenaan perkara ini. Anda juga boleh layari survey yang disediakan untuk memberikan maklumbalas. Maklumat yang diperolehi hasil dari maklumbalas para penduduk akan membantu pihak JMC dalam menilai sejauhmana keperluan pemasangan ’autogate’ di kawasan kediaman kita ini.
Sila klik disini untuk Online Survey, tq.
Sila klik disini untuk Online Survey, tq.
11 ulasan:
Saya bersetuju dengan cadangan pemasangan barrier tersebut...
tq pihak jmc... cadangan amat bagus.. justeru secara x lgsung dpt mngawl keluar msk bukan warga e-mas villa..
Tak payahlah nak Autogate tu...mambazir jew. Yang adew ni pon tak terjaga.Kalau setakat nk mengawal kereta atau motosikal keluar masuk security guard dan sticker dah memadai.
1. Nak Autogate kene tambah rm$$ age untuk kad? Satu Apartment berapa kad? camne kalau satu apartment adew 5 kereta? Sticker E-Mas Villa RM5 pon tak terbeli ni kan pula nak pkai kad?.
2.Autogate kena jaga maintainance gate lagi, nak bayar untuk security guard lagi.Semuanya pakai RM$$, Paip leaking berkali-kali dekat Block C pon tak terjaga ni pulak nak buat Autogate?.
3. Yang setuju tu lainlah duit gaji bulan2 ribu2 nak bayar untuk Autogate kad mampulah, jangan lupa bukan semua yang duduk kat E-Mas Villa nie banyak duit! lagipun apartment nie bukanlah 5 star apartment pon, mostly student ngan kerani jew yang tinggal kat sini.
3. Ada Autogate nanti menyusahkan pula kalau ada kenduri kandara penghuni E-Mas Villa. Dahlah pintu nak masuk berbukit, nak parking kat luar jauh lah pulak susah nanti mak bapak,atuk nenek, cucu cicit,sedara sepupu sepapat sepipit nak datang.
Akhir kata, Renung-renungkanlah wahai penghuni E-Mas Villa.
kami perlukan swimming pool bersaiz olimpik
Salam,
kRisadasham,
Terima kasih saya ucapkan di atas pandangan peribadi tuan.
Keperluan pemasangan Autogate ini masih di dalam pertimbangan pihak JMC lagi dan ianya bertujuan untuk kebaikkan penduduk apartment kita ini.
Pihak tuan mungkin tidak memahami atau tidak pernah tahu beberapa buah kejadian pecah masuk rumah dan permasalahan sosial pernah berlaku beberapa kali di kediaman kita ini. Pada pandangn saya sekiranya perkara seperti itu berlaku ke atas rumah tuan, mungkin tuan adalah orang pertama yg akan bersetuju dengan cadangan ini. Maafkan saya sekiranya tuan tidak sependapat dengan saya.
Pihak AJK JMC mencadangkan untuk mengadakan kemudahan system ini sebagai langkah pencegahan, pengawalan dan keselamatan di kediaman kita ini, jadi janganlah terus memberikan padangan yg negatif dan berbaur peribadi. Sepatutnya kita perlu lebih bersikap positif dan bermuafakat mencari jalan penyelesaian yang lebih baik dalam perkara seperti ini.
Segala permasalahan yg timbul boleh diatasi, yang paling penting, bersikap terbuka, cari pendekatan terbaik dan cuba elakkan provokasi atau spekulasi negatif.
Diharap penjelasan ini sedikit sebanyak dapat membantu sudara/i kRisadasham memahami mengapa cadangan seperti ini dibuat oleh pihak JMC E-Mas Villa. Saya sebagai penduduk amat menyokong cadangan ini demi kebaikkan kita semua.
Sekian.
"i setuju dgn pnjelasan tanpa nama bertarikh 19/5/2011 di tuju kpd sedara kRisadasham... i x de sokong mane2 pihak tp sedara kita, kRisadasham mngambarkan pandangan yg negatif dan berbaur keperibadian... justeru.... sedara...!pemikiran kita harus positif dan terbuka.. "...Msori.!!
Salam,
saudara kRisadasham,
Pemasangan autogate ini masih dalam perancangan kerana ini melibatkan perbelanjaan yang besar dan pada pandangan saya, Pihak JMC sebenarnya berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk semua penduduk di Pangsapuri ini.
Seperti yang telah dinyatakan oleh 'tanpa nama', sudara tidak seharusnya memandang dari sudut yang negatif. Dengan adanya autogate tersebut, kita bukan sahaja dapat mengawal kenderaan keluar masuk tetapi juga menzahirkan betapa kita amat serius dengan tahap keselamatan dikawasan kita ini walaupun pangsapuri ini bukan bertaraf 5 bintang.
Pada pendapat saya, walaupun adanya autogate tersebut, kita boleh memohon kepada pihak JMC untuk menghentikan operasi sementara waktu sekiranya ada majlis2 yang besar di kediaman kita dan tentunya mereka (JMC) akan memberikan kelulusan.
Saya menyokong penuh pemasangan autogate tersebut. tq
Salam..
Saya ingin memberi beberapa pandangan. Harap kita dapat renungkan tanpa dgn hati terbuka dan fikiran yg waras...kelemahan senantiasa ada selagi kita bernama manusia.
1. Setuju dgn cadangan autogate. Jenayah atau apa jua kemalangan, kecelakaan atau bahkan perkara sumbang bole terjadi tanpa kenal waktu, tempat mahupun keadaan. Yg penting pihak JMC perlu teliti segala keperluan, perbelanjaan dan bentuk perkhidmatan sejajar dgn kewangan dan persetujuan penduduk. Sekira kos tinggi adalah baik kita memikirkan alternatif lain.
2. Bab ni lari tajuk sikit. Tentang kenduri kendara. Tiada masalah bagi saya sekira ia dianjurkan oleh JMC untuk tujuan seluruh penduduk.Cthnya kenduri tahlil, gotong royong, Jamuan Hari Raya yg melibatkan setiap penghuni di E Mas Villa.
Bg tujuan kenduri kahwin saya kurang bersetuju dibuat dalam kawasan pangsapuri E Mas Villa. Saya amatlah berharap perkara ini diberi perhatian sewajarnya oleh JMC.
-Setiap penghuni mempunyai hak utk berasa tenteram dan aman bila berada di rumah. Juga perlu mengambil kira sensitiviti penduduk lain yg tiada dalam undangan mahupun terlibat semasa bergotong royong bg persiapan kenduri kendara. Bila dah berada dlm kelompok ceria begitu kita kadang2 mudah lupa diri. Muzik yg lantang, karaoke hingga lewat mlm. Bukan semua penduduk yg bekerja pada waktu normal. Kebanyakkan bekerja shift atau ada anak kecik yg sedikit sebanyak menganggu. Percayalah..sebolehnya kita ingin mengeratkan silaturahim..tetapi keadaan yg sebegini bole menjadikan sebaliknya.
-Juga JMC perlu mengambil kira keluasan kawasan yg semakin mengecil bila blok2 baru dihuni nanti. Kawasan lapang yg ada sekarang pastinya akan menjadi petak untuk meletak kereta.
-Kepentingan ramai adalah keutamaan dalam hal ini. Bukan kepentingan perseorangan tanpa mengira pangkat, kedudukan mahupun pengaruh. Penyewa atau pemilik adalah setaraf selagi menduduki di E MAS Villa
Semoga pihak JMC akan mengeluarkan satu garis panduan berkenaan perkra ini.
3. Sekiranya cadangan autogate tidak berjaya, saya mencadangkan kita mengambil perkhidmatan pengawal. Kos akan ditanggung oleh penghuni dengan kadar yg berpatutan. Antara tugas selain menjaga pergerakan kluar masuk, adalah menjaga keharmonian di dalam kawasan Apartment. Didapati ada penghuni yg gemar membuat bising bermain alat muzik dan segala mcm keriuhan tanpa mengira waktu. Tidak kira status penyewa mahupun pemilik Ia perlu di kawal sebaik2nya agar tidak berlarutan kepada perkara2 yg tidak diingini.
Keutamaan disini adalah keharmonian penduduk perlu dijamin.
Saya pernah hampir menelefon pihak polis apabila keadaan hampir membuat saya hilang kawalan. Itu adalah langkah terakhir yg saya kira amat berkesan pada masa tersebut.
Akhir kata, tidak kira siapa, tanpa nama, ada nama mahupun bernama selagi namanya dicatat sebagai pemilik mahupun penyewa yg sah punya hak yg sama iaitu hidup dalam suasana yg harmoni di E MAs Villa.
Sekian
Salam kepada pihak yang budiman, saya selalu mengikuti forum dan blog tuan2 kerana saya telah membeli satu unit apartment di E-mas villa. Boleh lah kiranya saya menduduki apartment tersebut pada masa akan dtg saya juga ingin bekerjasama dgn penduduk E-mas villa dan menyokong dengan sepenuh hati persatuannya. Selamat maju jaya. Work as a team ...
ada kebaikkan dan ada keburukannya juga, jadi fikir-fikirkan lah
Catat Ulasan