Kepada semua penduduk di Blok B, Pangsapuri E-Masvilla. Diminta kerjasama semua untuk meletakkan kereta anda di tempat letak kereta di antara blok B dan C. Tujuan arahan ini dikeluarkan adalah sebagai langkah untuk mengelakkan sebarang kejadian kerosakan yang mungkin berlaku tehadap kereta tuan-tuan kerana dari pemerhatian pihak kami, keadaan tanah runtuh pada bukit di hadapan blok B semakin buruk.
Disebabkan keadaan hujan dan panas yang tidak menentu, dikhuatiri tanah bukit tersebut akan runtuh. Pihak JMC sedang berusaha untuk mengambil tindakan yang perlu bagi menangani masalah ini. Diharap semua penduduk di Blok B mengambil serius terhadap perkara ini.
1 ulasan:
No. Siri Aduan: 10916
05 Apr 2011
C-304 APPT E-MAS VILLA,
JLN MAWAR 2A,
TAMAN MAWAR,
U/P : SAMIAN ALIMAN BIN ABDUL KHALID
MAKLUMBALAS JAWAPAN
Perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
Terima kasih di atas aduan pihak tuan.
1) Untuk makluman pihak tuan,lawatan tapak telah dilakukan pada 29 mac 2011 dan mendapati aduan adalah benar. pemantauan berkala akan dilaksanakan berterusan untuk memantau pergerakan tanah dan seterusnya menilai sebarang kaedah pembaikan yang sesuai.
Jika terdapat sebarang pertanyaan,sila hubungi Pengarah Kejuruteraan Majlis Perbandaran Sepang En.Zulkefli Bin Mohamed Arif ditalian 03-83190200 Ext:232.
Oleh yang demikian, pihak majlis berharap tuan/puan berpuas hati dengan penjelasan di atas.
Sekian, terima kasih.
'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
Saya yang menurut perintah,
Jabatan Kejuruteraan
Majlis Perbandaran Sepang
* Ini adalah cetakan komputer & tidak perlu ditandatangani
Catat Ulasan