Rabu, Jun 29, 2011

KERJA-KERJA PEMOTONGAN BUKIT

Alhamdulillah, segala usaha yang kita jalankan telah menampakkan hasilnya kerana kerja-kerja pemotongan bukit tersebut akan dijalankan setelah mendapat persetujuan Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak-pihak lain yang berkaitan. Pihak JMC telah mendapat makluman daripada syarikat yang telah dipilih untuk menjalankan kerja-kerja tersebut. Kemungkinan besar kerja-kerja pemotongan tersebut akan bermula mulai minggu hadapan.

Pihak JMC akan sentiasa memantau kerja-kerja tersebut bagi mengelakkan kesulitan kepada semua penduduk di Pangsapuri E-Masvilla. Pihak JMC juga akan memajukan surat ucapan terima kasih kepada Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor, Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Daerah Sepang dan MP Sepang sebaik sahaja kerja-kerja tersebut dijalankan.

3 ulasan:

Alias Suman berkata...

Tahniah dan syabas di atas kerja-sama dan usaha pihak AJK JMC E-Mas Villa kerana mengutarakan permasalahan ini dan ianya telah mendapat perhatian dan tindakan daripada pihak yang berwajib.

Sekali lagi tahniah dan terima kasih daripada saya kerana tuan-tuan telah menjalankan tanggung-jawab dengan penuh ikhlas serta menunjukkan keperihatinan dan komitmen yang tinggi di dalam menangani isu tanah runtuh ini.

Semoga segala jasa baik tuan-tuan mendapat balasan baik daripada Allah s.w.t.
Amin ya-rabbal'alamin..

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Kepada yg kata jmc tido tu….
Patutnya sama-sama membangunkan jmc bukan/jgn tau cakap/mengata jer. Cakap senang, buka mulut, cakap, antara gigi dan lidah. Fikirlah sikit sebelum bercakap tu. Sbb tu ada yg doakan supaya mati terkambus kat dlm runtuhan tanah tu. Kalau tak pun minta semua ahli jmc sama-sama kambuskan org yg kata jmc tido tu.
Jmc buat keje tanpa gaji utk semua penduduk e-mas villa. Cubalah bagi komen yg positif utk sama-sama membangunkan e-mas villa, utk kemudahan semua penduduk, bukan utk segelintir penduduk saja. Cuba jadi ahli jmc baru tau apa masalah yg dihadapi jmc. Jgn tau cakap komen negetif jer kat jmc…. Mulut busuk betul guncut ni….
Dulu pun ada org tau komen jer pasal jmc. Kena lantik jadi ahli jmc baru dia tau susah senang nak handle masalah/kerenah penduduk yg bermcm ragam. Ni plak sorg lagi yg sedap jer kata jmc tido.
Bukanlah jmc tak boleh dikomen tapi tanya ler dulu apa tindakan jmc dah ambil utk mengatasi/menyelesai masalah dan sebagainya. Jmc mesti ada jawaban. Kalau tak ada jawaban dpd jmc, atau jmc tak ambil apa-apa tindakan, baru kata jmc tidor. Lepas tu buat sekali lagi meeting utk lantik ahli jmc baru dan kita tgk plak cemana ahli jmc baru buat keje. Atau lebih hebat tidor dpd jmc lama. Ambik guncut plak jadi salah sorg ahli jmc, kita pakat tgk plak cemana guncut plak handle jmc dan masalah penduduk. Adakah lebih baik dpd jmc lama, atau lebih teruk dpd jmc lama. Itulah…. Pk dulu sebelum bercakap/buat komen….
Cubalah bagi komen-komen yg positif utk kebaikan semua penduduk e-mas villa.

Alias Suman berkata...

Salam,

Bawa bersabar Tuan tanpa nama. Kalau Tuan beremosi sebegini, saya rasa Tuan tidak lebih dan memang kurang sama macam si GUNCUT itu, tiada bezanya.

Yang berakal lebihkan berfikir dan bersifat positif. Bertindak setelah berfikir. Berdiam tidak semestinya bersetuju. Kalau tuan beremosi sebegini, belum tentu ada penyelesaiannya.

Biarkan guncut itu tenggelam dengan labu-labunya. Tidak akan ada kerugian kepada kita untuk membiarkannya tenggelam pergi.

Sekali lagi Tuan...banyakkan bersabar.