Rabu, Mei 25, 2011

Terkini Berkaitan Tanah Runtuh

Pihak JMC telah mendapatkan maklumat berkenaan status tanah runtuh di hadapan Pangsapuri kita dan pemilik tanah tersebut adalah Kementerian Kesihatan Malaysia. Sehubungan itu, pada 25 Mei 2011 wakil dari KKM iaitu Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan), Hj Mohd Jubri bin Hj Jaafar telah hadir bagi melihat keadaan tanah runtuh tersebut. Bersama-sama beliau adalah Timbalan Pengerusi JMC E-Masvilla,  En Mohd Zaini.

Menurut beliau pihak KKM akan mengambil tindakan yang sesuai bagi menghalang kejadian tanah runtuh terjadi di kawasan ini, namun ia mungkin akan mengambil sedikit masa dan bagi Masvilla, ini adalah berita baik kerana melihatkan keadaan bukit tersebut dikhuatiri tanah bukit tersebut boleh runtuh pada bila-bila masa.

2 ulasan:

Individualistik berkata...

salam,

Syabas kepada pihak JMC.
Tapi ayat 'mungkin mengambil masa'
adalah tidak sesuai dgn keadaan bukit yg sudah kritikal. Kita perlu beri kata dua ttg tindakan oleh KKM. Langkah awal mesti ada.
Bayangkan kejadian di Hulu Klang..tanpa hujan ribut dgn dikelilingi pokok pun boleh runtuh.
Nau'zubillah.

Sekian

JMC berkata...

Terima kasih di atas komen saudara individualistik....

Pihak JMC akan menghantar surat dalam masa terdekat kepada pihak KKM dan Menteri Besar Selangor berkenaan perkara ini