Pihak JMC telah difahamkan bahawa perkara ini telah sampai ke pengetahuan Kementerian Kesihatan Malaysia cawangan pembangunan PUTRAJAYA dan pada 30 Mei 2011 jam 9 pagi, 3 orang wakil dari Kementerian tersebut telah hadir bagi melihat keadaan bukit tersebut. Bersama-sama mereka adalah Setiausaha JMC P/Puri E-Masvilla.
Pihak Kementerian Kesihatan memberikan respon positif terhadap keadaan tersebut dan akan segera membuat laporan kepada cawang cerun Jabatan Kerja Raya bagi menggesa supaya kerja-kerja pemotongan bukit dilaksanakan dengan secepat mungkin. Justeru, dengan perkembangan tersebut pihak JMC pada hari yang sama juga telah ke pejabat Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor bagi menyerahkan surat aduan ke 2 berkenaan keadaan tanah runtuh tersebut.
Kita berharap tindakan segera akan diambil oleh pihak-pihak yang berkaitan bagi menyelesaikan situasi ini. Kepada semua penduduk diharap dapat memberikan sokongan kepada JMC. Sekian.