Selasa, April 05, 2011

Maklumbalas Aduan Kejadian Tanah Runtuh

Untuk perhatian semua penduduk E-masvilla, berhubung dengan aduan kejadian tersebut yang telah dilaporkan oleh salah seorang dari penduduk E-Masvilla, disini saya sertakan maklumbalas terkini dari pihak Majlis Perbandaran Sepang untuk makluman kita bersama.

Kepada Saudara AMIAN ALIMAN BIN ABDUL KHALID (Blok C-304), masvilla bagi pihak JMC mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala usaha yang saudara lakukan demi keselamatan kawasan Pangsapuri E-Masvilla. Bersama-samalah kita berdoa agar tindakan segera akan dilakuan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

No. Siri Aduan: 10916
05 Apr 2011
C-304 APPT E-MAS VILLA,
JLN MAWAR 2A,
TAMAN MAWAR,

U/P : SAMIAN ALIMAN BIN ABDUL KHALID
MAKLUMBALAS JAWAPAN
Perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
Terima kasih di atas aduan pihak tuan.

1) Untuk makluman pihak tuan,lawatan tapak telah dilakukan pada 29 mac 2011 dan mendapati aduan adalah benar. pemantauan berkala akan dilaksanakan berterusan untuk memantau pergerakan tanah dan seterusnya menilai sebarang kaedah pembaikan yang sesuai.
Jika terdapat sebarang pertanyaan,sila hubungi Pengarah Kejuruteraan Majlis Perbandaran Sepang En.Zulkefli Bin Mohamed Arif ditalian 03-83190200 Ext:232.
Oleh yang demikian, pihak majlis berharap tuan/puan berpuas hati dengan penjelasan di atas.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,

Jabatan Kejuruteraan
Majlis Perbandaran Sepang
* Ini adalah cetakan komputer & tidak perlu ditandatangani
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

2 ulasan:

Alias Suman berkata...

Terima kasih En. Samian Aliman atas keperihatinan pihak tuan.

Pihak JMC Emas Villa akan menghantar satu surat laporan beserta gambar terkini pada minggu ini kepada MPS Sepang sebagai tindakan susulan.

Terima Kasih.

Alinfan berkata...

Ini sahaja bantuan yg dapat saya berikan.Sama-samalah kita tunggu tindakan susulan yang sepatutnya dari pihak berwajib..

Powered byEMF Web Forms