Isnin, Mac 21, 2011

Kejadian Tanah Runtuh Di Hadapan Pangsapuri E-Mas Villa

     Kejadian tanah runtuh....., apakah tindakan yang harus diambil memandangkan sebahagian tanah di kawasan bukit berhadapan Pangsapuri E-Masvilla dilihat telah mengalami keruntuhan yang agak teruk. Kepada siapakah harus kita adukan perkara ini...? Diharap para penduduk yang melihat keadaan ini dapat memberikan input tentang tindakan yang boleh kita ambil untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku...?

Klik disini untuk melihat keadaan tanah runtuh tersebut.

4 ulasan:

Alias Suman berkata...

Salam,

Berharap pihak Setiausaha dapat memanggil segera semua AJK mesyuarat pertama JMC sessi 2011/13 bagi membincangkan sesuatu tindakan yg perlu diambil sebelum sesuatu yg tidak diingini berlaku.

Harap perkara seperti ini menjadi keutamaan dan tanggung-jawab JMC yg baru dilantik.

masvilla berkata...

masvilla juga berharap semoga perkara ini akan dibincangkan semasa mesyuarat pertama JMC sessi 2011/2013.

Alinfan berkata...

Inilah setakat yang mampu saya bantu.Sama2lah kita lihat respon mereka.


Terima kasih di atas aduan tuan/puan.

2. Untuk makluman, aduan tuan/puan telah diterima dan di dalam perhatian /tindakan pihak kami. Tindakan menyiasat aduan akan dibuat dalam tempoh Empat Belas(14) hari bekerja.

3. Sebarang kemusykilan, pihak tuan/puan bolehlah berhubung terus di Unit Aduan Awam di talian telefon: 03-83190200 @ 13-83190300 sambungan 429/431/432 atau faks ke 03-83204200.

Pihak MPSepang ingin juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan pihak tuan/puan dan ini akan menjadi satu dorongan kepada MPSepang mempertingkatkan perkhidmatan yang diberikan.

www.mpsepang.gov.my

Alias Suman berkata...

Bagi pihak JMC E-mas Villa kami mengucapkan terima kasih atas info yg diberikan oleh Tn/Pn Alinfan.

Pihak kami berharap kerja-sama di antara penduduk E-mas Villa dan JMC dapat diteruskan di masa2 akan datang.

Kepada Tn/Pn Alinfan sekali lagi kami ucapkan ribuan terima kasih.