Ahad, April 10, 2011

Aktiviti Gotong Royong E-Masvilla

Badan Pengurusan Bersama E-Masvilla, telah menganjurkan satu aktiviti Gotong Royong bagi membersihkan persekitaran pangsapuri ini agar kelihatan bersih dan cantik dan pada masa yang sama juga dapat menghapuskan tempat-tempat pembiakan Aedes.

Selain itu tujuan aktiviti ini diadakan juga adalah bagi mengeratkan silaturrahin antara semua penduduk. Walaupun tidak semua penduduk yang hadir tetapi aktiviti tersebut boleh dianggap berjaya kerana berkat kerjasama dari segelintir yang hadir.

Aktiviti tersebut bermula dari jam 9 pagi dan tamat pada jam 1200 t/hari.




Sila klik disini untuk lihat gambar

Khamis, April 07, 2011

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil

Majlis bacaan Yaasin dan Tahlil telah di adakan di Surau E-Masvilla pada 07 Apr 2011. Majlis diketuai oleh Tuan Hj Amran. Alhamdulillah, majlis tersebut telah berlangsung dengan lancar dan pada masa yang sama juga dapat mengeratkan sillaturrahim diantara penduduk-penduduk Pangsapuri E-Masvilla.

Sebelum bermulanya acara tersebut, ada diselitkan sedikit ceramah disampaikan oleh Tuan Hj Amran. Diantara petikan ceramah adalah supaya semua penduduk E-Masvilla dapat bekerjasama dalam apa juga hal yang boleh membawa kepada kesejahteraan semua penduduk khasnya. 

Beliau juga menyeru kepada semua penduduk agar dapat bersama-sama mengimarahkan surau yang tersedia di Pangsapuri ini. 


sila klik disini untuk lihat gambar semasa majlis berlangsung

Selasa, April 05, 2011

Maklumbalas Aduan Kejadian Tanah Runtuh

Untuk perhatian semua penduduk E-masvilla, berhubung dengan aduan kejadian tersebut yang telah dilaporkan oleh salah seorang dari penduduk E-Masvilla, disini saya sertakan maklumbalas terkini dari pihak Majlis Perbandaran Sepang untuk makluman kita bersama.

Kepada Saudara AMIAN ALIMAN BIN ABDUL KHALID (Blok C-304), masvilla bagi pihak JMC mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala usaha yang saudara lakukan demi keselamatan kawasan Pangsapuri E-Masvilla. Bersama-samalah kita berdoa agar tindakan segera akan dilakuan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

No. Siri Aduan: 10916
05 Apr 2011
C-304 APPT E-MAS VILLA,
JLN MAWAR 2A,
TAMAN MAWAR,

U/P : SAMIAN ALIMAN BIN ABDUL KHALID
MAKLUMBALAS JAWAPAN
Perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
Terima kasih di atas aduan pihak tuan.

1) Untuk makluman pihak tuan,lawatan tapak telah dilakukan pada 29 mac 2011 dan mendapati aduan adalah benar. pemantauan berkala akan dilaksanakan berterusan untuk memantau pergerakan tanah dan seterusnya menilai sebarang kaedah pembaikan yang sesuai.
Jika terdapat sebarang pertanyaan,sila hubungi Pengarah Kejuruteraan Majlis Perbandaran Sepang En.Zulkefli Bin Mohamed Arif ditalian 03-83190200 Ext:232.
Oleh yang demikian, pihak majlis berharap tuan/puan berpuas hati dengan penjelasan di atas.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,

Jabatan Kejuruteraan
Majlis Perbandaran Sepang
* Ini adalah cetakan komputer & tidak perlu ditandatangani
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isnin, April 04, 2011

Tanah Runtuh: Tempat Meletak Kenderaan

Kepada semua penduduk di Blok B, Pangsapuri E-Masvilla. Diminta kerjasama semua untuk meletakkan kereta anda di tempat letak kereta di antara blok B dan C. Tujuan arahan ini dikeluarkan adalah sebagai langkah  untuk mengelakkan sebarang kejadian kerosakan yang mungkin berlaku tehadap kereta tuan-tuan kerana dari pemerhatian pihak kami, keadaan tanah runtuh pada bukit di hadapan blok B semakin buruk.

Disebabkan keadaan hujan dan panas yang tidak menentu, dikhuatiri tanah bukit tersebut akan runtuh. Pihak JMC sedang berusaha untuk mengambil tindakan yang perlu bagi menangani masalah ini. Diharap semua penduduk di Blok B mengambil serius terhadap perkara ini.