Sabtu, Oktober 02, 2010

Projek Pembinaan Blok Pangsapuri E-Masvilla

Kelihatan digambar adalah projek pembinaan bangunan pangsapuri E-Masvilla yang melibatkan 3 buah blok bangunan baru blok A, D dan F. Pembinaan ini adalah bagi menlengkapkan 6 buah blok pangsapuri idi kawasan ini. Pembinaan tersebut dilihat berjalan dengan lancar. 
 Pihak JMC disarankan agar memeriksa kawasan bangunan tersebut kerana dikhuatiri terdapat air-air takungan yang disebabkan oleh hujan dan ini boleh menyebabkan pembiakan nyamuk-nyamuk aedes yang boleh mengakibatkan gajala demam denggi berleluasa. Sekiranya ada, diminta pihak JMC agar melaporkan kepada pihak-pihak berwajib terutama pihak kontraktor dan pemaju (MFCB) agar membersihkan kawasan pembinaan tersebut. Semburan 'Fogging' juga dicadangkan dibuat setiap 2 minggu.

6 ulasan:

Alias Suman berkata...

Salam, cadangan sepatutnya pihak MFCB yang bertanggungjawab dalam memastikan fogging dijalankan di tapak pembinaan tersebut, kalau semuanya nak harapkan JMC, bengkuk tulang belakang AJK JMC, jadi pihak JMC perlu bertemu dengan pihak MFCB, bincangkan perkara ini, sebab yang kena gigit nyamuk aedes tu adalah penduduk apartment, kalau rasa penduduk apartment ini tak penting, fikir-fikirkanlah kalau gigitan tu terkena pada ahli keluarga anda sendiri, tak ker naya tuh...jadi..renung2kan...dan selamat beramal...

masvilla berkata...

Dalam perkara ini, pihak JMC seharusnya membuat sessi perjumpaan bersama pihak pemaju bagi memastikan mereka (MFCB) dan kontraktor pembinaan menggalas tanggjungjawab menentukan kebersihan tapak projek mereka.

Sekiranya tidak dapat membuat sessi perjumpaan tetapi pada setiap mesyuarat AJK, JMC harus menetukan wakil pemaju seharusnya ada bersama, sedikit sebanyak JMC boleh menyampaikan perkara-perkara yang pada asasnya perlu di ketahui oleh pihak pemaju (MFCB).

Sekiranya JMC hendak melakukan semuanya, memang tidak terbuat tetapi sebagai AJK yang berkuasa menentukan apa yang terbaik, mereka harus lebih peka dalam soal ini. Para penduduk juga harus bersama-sama berganding bahu dan tidak seharusnya membiarkan JMC melakukan segalanya. Tq

Alias Suman berkata...

Salam,

Saudara Masvilla, penduduk pon kena terlibat sama ker..dah la bayar maintenance,lepas tu kena bertanggung jawab jugak ker...?

ish..ish.ish.....letih la macam tuh...

c111: terkenang ketika waktu susah dahulu..

masvilla berkata...

C111...jgn disamakan dahulu dan sekarang....bayar maintenance tu dah memang terpaksa....dan masih banyak lagi yang tidak membayar....tidak di akui memang dalam perkara2 begini tidak semua penduduk dapat memberikan komitmen 100 peratus dan bersetuju degan apa yang ada tetapi jika dapat berikan idea2 pon bagus juga....mungkin idea2 tersebut boleh membantu JMC kita tu.

Jgn diungkit pengorbanan2 yang dulu...tepuk dada tu dan anggap sahaja sebagai sedekah jariah.....JMC dahulu sebagai pembuka jalan...pengorbanan tersebut saya lihat sebagai sesuatu yang amat bagus dan para penduduk E-Mas Villa harus berterima kasih....itu sebablah banyak halangan dan rintangannya... dan JMC sekarang maneruskan apa yang ada. Sekiranya mereka dilihat tidak 'perform' kita ramai2 bagitahu..tx begitu....?

Susah2 sangat....minta pengerusi letak jawatan....bagi pada COB dan kita tubuhkan persatuan penduduk seperti yang saudara katakan....lagipun kawasan kita masih dalam proses pembinaan.

salam.....

Alias Suman berkata...

Salam,

Saya setuju sangat dgn cadangan Tuan Masvilla, cuba kita fikrkan, sebelum wujudnya JMC ini, hubungan silaturrahim antara penduduk begitu baik sekali, tetapi setelah wujudnya JMC, lain pulak jadinya.

Dahulu kalau tidak bayar maintenance atau tidak puas hati dgn pengurusan kita terus jumpa MFCB, nak gaduh pon dgn pihak pemaju, nak kutuk pon, kutuk pemaju, selepas adanya JMC, dan di tadbir pula oleh penduduk sendiri, inilah hakikat yg perlu diterima..

Sudahlah kawasan kita ni masih lg dlm pembinaan, kalau berlaku kebocoran terutamanya tekanan air paip2 yg di pasang ada kemungkinan telah berlaku kebocoran, lepas tu bil melambung, siapa yg susah, JMC dan penduduk yg tanggung, pemaju terus kaut untung sbb semua tu tak bukan tanggungjwb mereka lagi.

Yg bergaduh adalah kita antara sesama penduduk, (penduduk ngan AJK JMC), yg lena tidur...MFCB dan COB, atas dasar inilah AJK lama dahulu bersetuju utk membubarkan JMC supaya pihak COB dan pemaju ambil alih pengurusan maintenance di E-Mas Villa, tetapi ada pula sebahagian drpd kita yg sanggup ambil alih pentadbiran.

Bg saya, ada baiknya JMC skrg dibubarkan, kita perlu desak COB dan pemaju untuk ambil ambil alih, kalau perlu kita tubuhkan Persatuan Penduduk, kita tubuhkan, sbb kediaman kita ni masih belom ada "srata title" lg...buat apa kita ambil risiko..ianya masih lg dalam construction, yg untung tetap untung...tetapi siapa??? Yg berpecah, yg bergaduh, dan yg paling pening dan tiada gaji berbayar utk menguruskan apartment kita siapa lg kalau tidak lain dan tidak bukan AHLI JAWATANKUASA JMC EMAS VILLA.

Sy menulis di sini bukan nak menyakiti hati sesiapa, ttp kalau boleh, sila fikirkan sejenak apa yg telah dituliskan di atas td...Kalau AJK JMC masih sanggup...silalah teruskan perjuangan ini...

Salam..

jebon berkata...

bila la mau siap ini rumah banyak susah ow selagi tak siap macam 2 masalah timbul n banyak bahaya lo