Jumaat, Oktober 15, 2010

Perjumpaan Bersama Ahli JMC E-Masvilla

Pada 14 Oct 2010 telah diadakan satu perjumpaan bersama pihak JMC bagi membincangkan pendekatan yang boleh di ambil untuk meningkatkan tahap keselamatan di Kawasan kita ini. Umum telah tahu bahawa pencerobohan rumah telah beberapa kali berlaku dan sekiranya tiada sebarang langkah di ambil untuk mengatasi kemelut ini, maka masvilla percaya kejadian tersebut akan berulang.

Pejumpaan telah di adakan di surau E-Masvilla selepas solat isya'. Masvilla melihat ini adalah satu pendekatan yang positif dilakukan oleh pihak JMC kerana bagi Masvilla JMC sahaja tidak akan dapat dan tidak boleh melakukan apa yang mereka agendakan sekiranya tidak melibatkan persetujuan penduduk. Alhamdulillah , Masvilla berharap ini sebagai satu titik permulaan kerjasama antara JMC dan penduduk E-Masvilla bagi menguatkan komuniti kita ini, walaupun kehadiran pada malam tersebut tidaklah ramai tetapi boleh dianggap bagus. Banyak perkara telah dibincangkan bagi mencari jalan untuk meningkatkan tahap keselamatan di kawasan kita ini. 

Untuk pengetahuan semua, persetujuan telah dicapai bagi mengadakan satu majlis muhibbah bagi semua penduduk E-Masvilla dalam masa terdekat ini. Antara cadangan agenda adalah ceramah keselamatan dari pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk memberi kita seberapa banyak pengetahuan tentang bagaimanakah caranya untuk menjaga keselamatan kawasan kita ini, bukan itu sahaja, beberapa agenda  lain juga telah dirangka bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Kepada semua penduduk diharap dapat bersama-sama hadir pada majlis yang akan berlangsung nanti. TQ




7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hamba setuju..

Alias Suman berkata...

Salam..

Tanpa Nama..kut iyer pon hang setuju...bubuh la nama penuh hang kat situ...ni main setuju jer..pastu besok bila program berjalan..hang pulak takda...pastu bg komen macam2...

Cadangan..

bila program ni berjalan nanti..ambil catitan nama kehadiran penduduk, senang nak monitor..kalau dia tak hadir tanpa alasan yg kukuh..kalau umah die kena pecah masuk..bleh kita hantar nama die terus gi kursus ceramah ttg keselamatan kt IPD Sepang...dah buatkan program yg baik mcm ni pon kalau liat nak hadir...mmg nampak sangat sikap yg mementingkan diri tu amat tinggi dlm hidup..tak tau bila bleh berubah...bukan kena bayar pon utk hadir program mcm ni...so harap2 kerja sama penduduk terhadap program sebegini akan mendapat sambutan dan sekiranya berjaya ini membuktikan kita sebenarnya mampu utk bersatu...InsyaAllah..amin..

Alias Suman berkata...

Semalam dh kena lg satu rumah kena pecah masuk....werr....makin x selamat kedudukan rumah kiter nie...

Alinfan berkata...

A'Kum...Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana tidak dapat bersama-sama mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh Penduduk Masvilla kerana buat masa ini saya masih lagi belom mendiami rumah saya di sana.

Saya hanya dapat mengikuti perkembangan melalui blog ini sahaja.

Mengenai kejadian pecahrumah, saya juga turut merasa risau. Untuk makluman, saya merupakan pemilik rumah No C304.

Alias Suman berkata...

Salam Alinfan...

Buat masa ni masih belom ade kejadian terbaru...sekiranya rumah tuan belum di pasang jeriji di bahangian entrance masuk..sila pasangkan..dan kalau dh pasang...sila beli extra lock utk menyukarkan sipencuri memecah masuk..sbb pd kejadian yg lepas..pencuri berjaya memecahkan jeriji besi tuan rumah..so harap maklum.

Tanpa Nama berkata...

setakat hari ni dah x de lg kes pecah rumah pas terminated cleaner ngan guard.. sudah tukar cleaner lama balik...

mamak berkata...

maknanya ceramah yang nak di anjurkan tu tx jadi lah yer... ?