Buat pengetahuan semua penduduk E-Mas Villa, beberapa kes pecah masuk rumah telah berlaku di kawasan kediaman kita dan jumlah kes sehingga kini berjumlah 3 kes. Kes terbaru adalah di kediaman C-209. Justeru, semua penduduk dinasihatkan supaya memastikan rumah tuan2 dan puan2 sentiasa berkunci sepenuhnya apabila tiada di rumah. Bagi rumah2 yang tiada geriji keselamatan, pastikanlah rumah tuan2 puan2 dipasang dengan geriji keselamatan bagi menghalang pencuri-pencuri mendapat laluan mudah ke kediaman anda.
Pihak JMC diminta agar mengambil langkah-langkah yang perlu dengan segera bagi mengelak kejadian ini daripada berulang. Kepada para penduduk, diminta agar bersama-sama berganding bahu bagi memastikan kawasan kediaman kita sentiasa berada di dalam keadaan yang aman dan tenteram.
BERSAMA MENCEGAH JENAYAH. LAPORKAN KEPADA PIHAK BERKUASA SEKIRANYA ANDA MELIHAT SEBARANG KEADAAN YANG MENCURIGAKAN.
20 ulasan:
SYABAS!!!!! Semakin baik nampaknya keselamatan kawasan Apartment E-Mas Villa semenjak pertukaran pentadbiran JMC yang baru, inilah namanya penambah-baikan, JMC yang dulu katanya tidak beberapa baik menguruskan pentadbiran, dan semasa tampuk pentadbiran JMC yg lama, tiada kejadian pecah rumah atau kecurian pernah dilaporkan.
Terima kasihlah Tuan Masvilla memberikan peringatn sebegini, kalau boleh sila print kenyataan ini dan tampalkan kt pejabat JMC kita tu...maklumlah...internet xder kt JMC tu...so maklumat sebegini mungkin x dpt di baca oleh mereka..
Salam..
Eh.... kenapa ye mesti ada perbandingan sebegini? agaknya JMC yang lama tak der pencuri yang bernai masuk... sebab ayam banyak....
Saya cadangkan lantik semula JMC lama jadi JMC balik... Bubar sekarang JMC dan kita nengok mana pergi duit kita semua pergi.... Kita minta audit masuk dan periksa semua sekali
apa kena mengena dengan ayam plak nie...? sudara 'tanpa nama' nampak seperti tidak berpuas hati dgn JMC yang lama.... Cubalah bersikap seperti seorang yang dewasa....jgn menyalahkan org lain....
kalau guard dulu bela ayam...guard sekarang bela lembu plak....sapa tau kan... Jgn hanya melihat dari sudut yang negatif...
Mungkin saudara sendiri adalah dari JMC sekarang kot...? kalu tidak 'apply' masuk JMC dan lihat apa yang sebenarnya. Susah atau tidak mengurus tadbir kawasan kita ini. Berkenaan duit....semak dengan JMC lama...bukan pandai2 berkata2....kenaklan diri...lihat...anda bayar atau tidak maintenance setiap bulan...
Kalau dulu pencuri tx masuk ...sekarang nak masuk....hanya allah yang tahu....kita seharusnya bersama-sama membuka mata dan membendung dari perkara ini berulang...bukan hanya melihat... dan memberi komen seperti anak2 kecil yang masih bersekolah....
Salam...
Saudara Tanpa Nama tidak berani letak nama sebenar ke? Baling batu sembunyi tangan nampak?
Teguran sebegini bagi membuka mata dan telinga pihak pengurusan utk menilai kembali tahap keselamatan penduduk Apartment. Sekiranya tidak boleh ditegur atau diperingatkan, terpulanglah. Jangan sampai perkara sebegini terus berulang, dan akan mendatangkan tanda tanya penduduk kelak terhadap tahap keselamatan di apartment Emas Villa ini dan ianya berbayar.
Seperkara lagi, pernahkah pihak JMC membuat kaji selidik ttg latar belakang pihak luar (Sekuriti & Pekerja Pembersihan) yg sentiasa berada di dalam kawasan penempatan kita ini menjalankan tugas mereka. Daripada kejadian2 yang berlaku, modus operandi (pecah masuk) bukanlah drpd org luar, kemungkinan besar adlh org dalam, kerana hanya org yang selalu berada di dalam kawasan apartmen ini dan mengetahui kedudukan rumah yang mana dan waktu bila yg sesuai utk mereka memecah masuk rumah kediaman penduduk yg mampu untuk melakukan kejadian spt ini.
Lagi satu, untk kembali mengagotai JMC, minta maaf, jadual penuh, xder ruang yg free.
Sekian, Salam..
Dari pembacaan saya terhadap komen tuan "tanpa nama" ini ada unsur2 menuduh... tak pun hanya membuat andaian sendiri.. bercakap la melalui fakta dan kaji la melalui kebenaran.... saya tanya sikit, apa sumbangan tuan kepada penduduk?? ada? klu sedo diri tak ada, jgn pandai2 nk komen yang bukan2 macam orang yg kekurangan otak utk berfikir..dan menuduh org dgn sewenang2nya...klu tuan dari JMC skrg, tunjukkan dan buktikan hasil kerja tuan....jangan nanti orang mengangap "ibarat tong kosong, bunyi kuat isi tadak".
Tak pa,tak payah nak susah2 suruh JMC lama amik balik jawatan.... banyak kerja lain lagi boleh buat.. selamat berjuang..
HA.. ha.. Waa marah betul nampak bila diperkatakan tentang JMC lama... naper yer? JMC baru pun sama jer... sampai air kat rumah aku pun tadak jugak hari tu... bayar maintenance dah settle la... bayar bil air dah... tapi air tadak jugak.... orang cakap kalau takut dilambung ombak kenapa tinggal di tepi pantai? tak yah cari sapa aku.. cuma fikirkan... kenapa semua orang nak berpecah je... nak tunjuk bagus je... kerja nie kerja untuk orang ramai kenapa kena ada yang menonjol... wakakakaka... heran betul... aku dah 3 tahun dok kat sini... aku tengaok ramai yang nak menjatuhkan dari membangunkan.... kenapa ya? bukak mata sikitla... aku tengok JMC baru nie pung tak stabil... aku nampak abang razak saja yag ke hulu ke hilir... yang jmc lama pulak dok hentam dia bukan nak nolong... mana yang lain... nie aku nak bayar maintenance (yang terbaru ye, tadak hutang-hutang) tak tau kat mana....
PESANAN KEPADA TANPA NAMA....
Sudah ler tu saudara Tanpa Nama...kalau saya tau pon saudara ni siapa..apa yg boleh saya buat..nak suruh saudara jadi AJK..mmg hampas juga la...
Sebaiknya...cadangan sy..bubarkan JMC sekarang ini, biar COB dan MFCB fikirkan cara utk menguruskan penyelenggaraan di E-Mas Villa..kita bertekak-tekak kt sini, diaorang yang kaut untung, dan tido lena kt rumah..bangunan tetap naik jugak..sabtu ahad pon main balun buat keje tanpa fikirkan keselesaan penduduk termasuk saudara tanpa nama sendiri...
JMC lama dah surrender dan dh tau kemelut ini tidak boleh di tanggung oleh AJK, sbb AJK juga adalah penduduk..mereka juga bayar maintenance..jadi patutkah mereka ni juga yg memikirkan ttg permasalahan di apartment ini..adakah patut...saudara tanpa nama rasa patutkah?
Yang sepatutnya..kita bersatu..menjadi badan pendesak..desak MFCB dan COB..biar diorang pulak rasa tak tenang tido malam, fikirkan tanggungjawab diatas kewujudan JMC yg sebelum ini tak pernah wujud...
sekiranya saudara tanpa nama nak juga menyalak dan mencari pasal dan buat provokasi kat sini...ada baiknya, tuan saudara tanpa nama hentikan..tiada gunanya...sbb saudara juga penduduk yg tinggal di kediaman ini..kecuali saudara tanpa nama nak tampil dgn nama sebenar dan memberikan pandangan dan jalan penyelesaian yg berguna utk semua penduduk disini.
Salam...
kerohhhh laaaa
sesiapa yang pernah nampak mamat naik keta proton saga warna putih(baru cat sebelum raya ari tu)... dia memang KEROOHHHHH!!!!! hahaahahahaaaa
sori off topic disini..cuma nk luahkan rs x puas ati sket..x faham ngan peel segelintir resident sini yg x taw jg kebersihan langsung..oleh sebab skang cleaner dtg seminggu skali jer sapu ngan mop tangga tuh mintakla tlg hargai skit..sesapa yg baca nih tolong pesan2 pd anak bini jiran2 yg x baca tu yer..pelikla..br semalam sapu/mop ari ni tangga tu da kotor blk ngan kesan2 sampah la..tumpahan air la..awat yg sakit hati benor ker x boleh tgk tangga tu bersih??kalo dulu si rofa tu ada boleh la tlg sapu hari2 skang ni seminggu sekali jer tlg la kerjasama skit jg kebersihan..ni da mcm setinggan..pelissslaa...
lupa nk kabo..sy tanpa nama diaatas xde kene mengena ngan tanpa nama yg duk provok kt atas2 ni yer..ni org len..tq
ketipang, aku ke tempang kaki kao kang.....kerohhhhhhh lau lu ni mamat....
orang mau kerohhhh, gua bagi kerohhh..... orang mau jernih gua kasi jernih.......
tapi lu ni memang KEROHHHHHHHH...la
WAKAKAKAKAKAKAKAKAK..........
wah banyak betul keroh tu bro tak pe yg penting keroh keroh kita pun tak menyusah kan org dan tak bodoh sombong macam yg lain janji kita bertegur sapa antara satu sama lain dan tahu apa yg jadi pada taman kita jangan jadi macam katak bawah tempurung kaca dah harap nampak kat luar je tapi hapah pun tahu nak buat apa heheheheheh
Betul-betul tu jebon, aku pun tak der kena-mengena ngan sesiapa.... janji tegur satu sama lain..... jangan jadi samseng jalanan.... bila tengah hebat, nengok orang macam nak pukul jer.... bila dah melarat, baru nak berbaik-baik ngan orang ramai...... esok-esok bila dah hebat balik...., sombong ler balik tu
jebon sombong sebab banyak makan ikan kembong..
Kerohhh betul brader nie...heheh..
balik balik gado .. tu je la keje korang. korang bercakaran .. pencurik gelak je pecah rumah.
cadangan saya , pendekatan yang perlu diambil adalah untuk mengunakan sepenuhnya dana yg ada untuk keselamatan buat masa ini. bukan bermaksud untuk mengupah pak guard atau sebagainya .. tapi untuk menubuhkan rukun tetangga. pastu sape yg bertugas dapat la sedikit elaun.
hanya sekadar cadangan
saya setuju..silalah cik rautermen mencalonkan diri sbg ketua...
guncut....ko ni pon satu...setuju pas tu suruh org calonkan diri... jgn cam tu..... sama kita ganding bahu..barulah rancangan berjaya.... tapi aku rasa korang nie sembang jer buleh...buatnya lom tau lagi....huhuhu....
ko sama jer layar perak..cakap owang lebih,,,,koje la jd ketua...bikin keruuuuhhh jerk..hehehe..
Catat Ulasan