Sabtu, Julai 31, 2010

Bayaran 'Maintenance Dan Singking Fund'

Kepada semua penduduk E-Mas Villa yang telah mendapat invois terkini yang menyatakan bahawa terdapat kegagalan membuat pembayaran bagi bulan-bulan yang tuan-tuan atau puan-puan telah membuat pembayaran. Tuan-tuan dan puan-puan dinasihatkan agar berhubung terus ke pejabat JMC dengan membawa bukti pembayaran bagi pengesahan pembayaran. Masalah ini mungkin disebabkan proses pertukaran AJK yang baru selepas mesyuarat Agung Luar Biasa pada 27 Jun 2010 yang lalu. Saya bagi pihak JMC memohon berbanyak maaf sekiranya keadaan ini menimbulkan kerumitan pada tuan-tuan dan puan-puan.

Bagi penduduk yang masih belum membuat pembayaran, tuan-tuan dan puan-puan di nasihatkan agar menyegerakan pembayaran tersebut bagi memudahkan pihak JMC mengurustadbir  kawasan kita ini. Kejasama dari semua amatlah diharapkan. Terima kasih.

7 ulasan:

Alinfan berkata...

Terima kasih di atas penerangan yg telah diberikan..Walau bagaimanapun, Tahniah diucapkan kepada JMC kerna telah membangunkan laman sesawang ini..

Alias Suman berkata...

Pembetulan...bkn JMC yg bangunkan laman sesawang nie cik alinfan..atas keperihatinan Tuan Masvilla kite nie yg buat blog masvilla nie...JMC x terlibat..sbb JMC xder budget nak masukkan internet...huhu..

Tanpa Nama berkata...

Betul tu... JMC mana ada bujet nak masukkan internet nie.... duit semua dah habis kena makan laaaaa...

Alias Suman berkata...

ye ler tanpa nama...duit habis kena makan ngan tanggung maintenance yg ko tak bayar berbulan2 tuh...heheheh..

tok bomoh berkata...

macammana nak puaskan hati ko 'tanpa nama' kalu 3 pemilik rumah yang bayar dan 60 yang lain buat buta jer. Nak buat apa pon tx boleh.... berani masuk nama ko....kita semak...kalau bayar boleh lah ko nak bising2.....salah sana...salah sini...kalau ko pon samer jer pemalas nak bayar maintanance....jgn sibuk2 nak tanya itu dan ini.....

Alias Suman berkata...

hamba setuju...hahaha...

routermen berkata...

dari gunakan account CIMB , baik guna account Maybank . Rasanya bukan saya seorang je yang mudah untuk membayar, malah lebih ramai lagi penguna maybank2u akan setuju. hanya sekadar cadangan. Lagi satu masalah saya ingin ketengahkan, bukan masalah tidak mahu membayar, disebabkan saya tidak ada account cimb jadi tak boleh mengunakan internet, tapi saya tetap cuba untuk membayar di pejabat, namun 2 bulan berlalu. tiada siapa yg berada di pejabat. macam mana nak bayar yer ?