Beberapa bulan yang lepas pihak majlis perbandaran Sepang ada mengeluarkan notis untuk semua pemilik unit di Appartment E-Mas Villa berkenaan tanggungjawab membayar caj penyelenggaraan dan berkaitan di papan kenyataan di setiap ruang tangga bawah unit tuan/puan.
Sehubungan dengan notis tersebut pihak badan bersama E-Mas Villa telah meminta kerjasama pihak majlis perbandaran Sepang untuk mengeluarkan notis individu ke pemilik tertentu dimana tindakan menyita harta mudah alih boleh dilaksanakan keatas pemilik yang masih gagal melunaskan tunggakan caj mereka.
Tindakan ini diambilkira setelah pelbagai usaha dari pihak kami untuk mentadbir dan menyelenggara bangunan E-Mas Villa ini mengharungi jalan buntu kerana pungutan bulanan untuk yuran penyelenggaraan dan lain-lain amat mengecewakan.
Memburukkan lagi keadaan pihak SYABAS dan TNB telah memberi kata dua untuk melaksanakan pemotongan bekalan air dan elektrik di kawasan kita disebabkan kegagalan pihak badan pengurusan bersama menjelaskan bil-bil tertunggak mereka, terutama amaran pemotongan bekalan air oleh pihak SYABAS dimana akan mengakibatkan semua penduduk mendapat kesan dari pemotongan ini disebabkan meter pukal E-Mas Villa masih menjadi laluan utama bekalan air ke unit-unit anda semua.
Pihak kami mengakui kelemahan yang ada didalam pentadbiran dan pengurusan pihak badan bersama selama ini, dimana banyak aduan di terima oleh penduduk setempat berkenaan servis yang tidak konsisten. Ingin diajukan disini, keberkesanan servis adalah bergantung kepada kedudukan kewangan kita juga, dimana pihak badan pengurusan bersama hanya bergantung harap dari kutipan bulanan dari semua pemilik sahaja disamping itu terpaksa menanggung hutang yang sangat banyak dan mengakibatkan sesuatu servis itu akan ditimbal balik dahulu mengikut keperluan utama penduduk sebelum menbuat sebarang keputusan.
Perlu diingatkan tanggungjawab memastikan kesejahteraan penduduk E-Mas Villa bukan hanya terletak di bahu pihak badan pengurusan bersama sahaja, semua penduduk mesti memberikan kejasama yang penuh di dalam membantu keberkesanan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan kita.
Di sini saya mewakili pihak bdan pengurusan bersama E-Mas Villa merayu kerjasama anda semua untuk menggalas tanggungjawab bersama membantu badan kita ini dari semua segi tidak terbatas kepada menjelaskan bayaran bulanan sahaja, tetapi juga dari aspek menentukan jatuh naiknya komuniti kita keseluruhannya.
5 ulasan:
Harap pihak jawatankuasa bayar le jugak bil maintenance yerrrrr jangan jadi macam orang dulu. Orang lain kena push bayar, bila tengok notis AJK TAK BAYAR PULAK???? ngeh!ngeh!ngeh!
Kepada yang belum bayar tolong jangan menyusahkan orang lain yang bayar bil maintenance. Nanti sebab nila setitik habis semua orang tak de air n letrik. Dah ada online akaun tu gunakanle, kan senang!
Bro dengar-dengar yang lam tengah atur pelan nak jadi AJK balik.... betul ke? Jangan.. nanti jadi balik macam dulu.
apa dia..? sapa yang kau maksudkan nak masuk AJK semula..? tx paham aku lah...
C111 - Salam Saudara Tanpa Nama, saya bekas JMC lama, bagi saya untuk kembali AJK yang baru rasanya bukanlah tindakan bijak bagi diri saya sebagai individu, sekira kami yang lama ingin kembali, rasanya sia-sia kami mengadakan AGM dan bersetuju utk membubarkan JMC yg terdahulu. Buat masa ini sy rasa lebih tenang dan selesa utk balik ke rumah dan tidak sibuk bermesyuarat dan berfikir ttg masalah2 yg melibatkan JMC dan penduduk.
Apa yg telah sy lalui rasanya tidak berbaloi, utk kembali menjadi AJK yg baru. Kepada Saudara Tanpa Nama, sy juga skrg seperti penduduk yg lain dan mungkin juga seperti anda, pergi kerja dan balik kerja terus masuk rumah, tak perlu nak sibuk ttg pengurusan emas villa lagi, cukup tempoh bayar, kalau x bayar pon apa susah, bukan kepala sy yg pening memikirkan utk mendapatkan dana mengurus tadbir e-mas villa tu...
Jadi..kepada AJK yg baru..sy ucapkan selamat mentadbir dan mengurus Apartment E-mas Villa ini sebaiknya...semoga lebih baik dari pentadbiran yg dulu..kalau yg dulu kurang baik...
Kepada Saudara Tanpa Nama..silalah memohon utk mengisi jawatankuasa AJK JMC yg baru..mungkin sedikit sebanyak idea saudara yg bernas dan bijak amat2 diperlukan dlm mentadbir pengursan JMC Emas Villa.
Alias Suman
C111.
salam....berkenaan perkara ini...kita meslilah melihatnya secara positif....sudara 'tanpa nama' membayangkan yang JMC yang lama tidak menjalankan tugas dengan baik...bagi saya semuar yang telah dilakukan adalah baik demi untuk kesejanteraan kita semua.
Biasalah rasa tidak puas hati memang ada walau di mana pun baik secara individu atau berkumpulan tetapi selama JMC dahulu mentadbir, pernahkah kita keputusan bekalan air mahupun elektrik malah kawasan kita rasanya lebih bersih jika dibandingkan dengan komuniti2 pangsapuri atau flat yang lain.
Justeru, kita harus mengenang segala bakti yang telah ahli2 JMC lama curahkan. Ahli JMC yang baru harus menyambung segala yang telah di lakukan dan sekiranya ingin menambahbaik....amat dialu-alukan tetapi sekiranya hanya menyalah2kan apa yang lalu...itu tidak patut.
Kepada semua penduduk disarankan agar menyokong apa yang dilakukan dengan cara membayar 'maintenance'. Sekiranya hendak dipuaskan hati tuan2 semua memang sampai bila2 pun tx boleh terjadi.
Catat Ulasan