Khamis, April 29, 2010

Kepada Semua Warga E-Mas Villa

Beberapa bulan yang lepas pihak majlis perbandaran Sepang ada mengeluarkan notis untuk semua pemilik unit di Appartment E-Mas Villa berkenaan tanggungjawab membayar caj penyelenggaraan dan berkaitan di papan kenyataan di setiap ruang tangga bawah unit tuan/puan.

Sehubungan dengan notis tersebut pihak badan bersama E-Mas Villa telah meminta kerjasama pihak majlis perbandaran Sepang untuk mengeluarkan notis individu ke pemilik tertentu dimana tindakan menyita harta mudah alih boleh dilaksanakan keatas pemilik yang masih gagal melunaskan tunggakan caj mereka.

Tindakan ini diambilkira setelah pelbagai usaha dari pihak kami untuk mentadbir dan menyelenggara bangunan E-Mas Villa ini mengharungi jalan buntu kerana pungutan bulanan untuk yuran penyelenggaraan dan lain-lain amat mengecewakan.

Memburukkan lagi keadaan pihak SYABAS dan TNB telah memberi kata dua untuk melaksanakan pemotongan bekalan air dan elektrik di kawasan kita disebabkan kegagalan pihak badan pengurusan bersama menjelaskan bil-bil tertunggak mereka, terutama amaran pemotongan bekalan air oleh pihak SYABAS dimana akan mengakibatkan semua penduduk mendapat kesan dari pemotongan ini disebabkan meter pukal E-Mas Villa masih menjadi laluan utama bekalan air ke unit-unit anda semua.

Pihak kami mengakui kelemahan yang ada didalam pentadbiran dan pengurusan pihak badan bersama selama ini, dimana banyak aduan di terima oleh penduduk setempat berkenaan servis yang tidak konsisten. Ingin diajukan disini, keberkesanan servis adalah bergantung kepada kedudukan kewangan kita juga, dimana pihak badan pengurusan bersama hanya bergantung harap dari kutipan bulanan dari semua pemilik sahaja disamping itu terpaksa menanggung hutang yang sangat banyak dan mengakibatkan sesuatu servis itu akan ditimbal balik dahulu mengikut keperluan utama penduduk sebelum menbuat sebarang keputusan.

Perlu diingatkan tanggungjawab memastikan kesejahteraan penduduk E-Mas Villa bukan hanya terletak di bahu pihak badan pengurusan bersama sahaja, semua penduduk mesti memberikan kejasama yang penuh di dalam membantu keberkesanan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan kita.

Di sini saya mewakili pihak bdan pengurusan bersama E-Mas Villa merayu kerjasama anda semua untuk menggalas tanggungjawab bersama membantu badan kita ini dari semua segi tidak terbatas kepada menjelaskan bayaran bulanan sahaja, tetapi juga dari aspek menentukan jatuh naiknya komuniti kita keseluruhannya.

Rabu, April 14, 2010

Kembali ke Rahmatullah

Semalam 13 Apr 2010, salah seorang daripada penduduk di Pangsapuri E-Mas Villa telah kehilangan anak beliau selepas dilahirkan. Anak beliau disahkan oleh doktor dari Hospital Pakar Ampang Puteri meninggal dunia disebabkan masalah jantung. Beliau yang dimaksudkan adalah En Maliki dari Blok B-G-01. Anak beliau telah selamat di kebumikan pada jam 2 ptg 14 Apr 2010. Kelihatan di gambar adalah sebahagian dari penduduk E-Mas Villa yang telah bersama-sama memberikan bantuan ikhlas bagi menguruskan jenazah anak beliau.

Semua penduduk di Pangsapuri E-Mas Villa mengucapkan takziah diatas kembalinya anak beliau ke rahmatullah. Al-Fatihah.