Selasa, Ogos 31, 2010
Penggunaan Stiker Kenderaan
Mulai 09 Sep 2010, penguatkuasaan penggunaan stiker kenderaan akan dikenakan terhadap semua pemilik kenderaan yang menetap di Pangsapuri E-Mas Villa. Justeru, para penduduk boleh mendapatkan stiker tersebut di pejabat JMC dengan bayaran RM 5 sahaja.
Ahad, Ogos 08, 2010
Solat Tarawih
Sempena hadirnya ramadan pada tahun ini...surau E-Mas Villa akan menganjurkan solat sunat tarawih. Justeru semua penduduk E-Mas Villa yang beragama islam dijemput beramai-ramai mengimarahkan surau kita.
Sabtu, Julai 31, 2010
Bayaran 'Maintenance Dan Singking Fund'
Kepada semua penduduk E-Mas Villa yang telah mendapat invois terkini yang menyatakan bahawa terdapat kegagalan membuat pembayaran bagi bulan-bulan yang tuan-tuan atau puan-puan telah membuat pembayaran. Tuan-tuan dan puan-puan dinasihatkan agar berhubung terus ke pejabat JMC dengan membawa bukti pembayaran bagi pengesahan pembayaran. Masalah ini mungkin disebabkan proses pertukaran AJK yang baru selepas mesyuarat Agung Luar Biasa pada 27 Jun 2010 yang lalu. Saya bagi pihak JMC memohon berbanyak maaf sekiranya keadaan ini menimbulkan kerumitan pada tuan-tuan dan puan-puan.
Bagi penduduk yang masih belum membuat pembayaran, tuan-tuan dan puan-puan di nasihatkan agar menyegerakan pembayaran tersebut bagi memudahkan pihak JMC mengurustadbir kawasan kita ini. Kejasama dari semua amatlah diharapkan. Terima kasih.
Bagi penduduk yang masih belum membuat pembayaran, tuan-tuan dan puan-puan di nasihatkan agar menyegerakan pembayaran tersebut bagi memudahkan pihak JMC mengurustadbir kawasan kita ini. Kejasama dari semua amatlah diharapkan. Terima kasih.
Rabu, Jun 30, 2010
Jawatankuasa Baru Badan Pengurusan Bersama Appartment E-Mas Villa
Pada 27 Jun yang lepas telah di adakan mesyuarat perlantikan Jawatankuasa baru yang bermula pada jam 10.00 pagi bertempat di dewan serbaguna pangsapuri E-Mas Villa. Hasil dari undian telah menetapkan seramai 12 ahli yang baru dan diketuai oleh En Abdul Razak bin Mokhtar (C4-12) sebagai pengerusi.
Diharap dengan perlantikan ini akan membuka kembali semua urusan berkaitan 'building maintenance' yang telah tertangguh hampir sebulan. Semua penduduk mengucapkan tahniah dan sedaya upaya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Ahli Jawatankuasa baru yang telah dilantik.
Khamis, April 29, 2010
Kepada Semua Warga E-Mas Villa
Beberapa bulan yang lepas pihak majlis perbandaran Sepang ada mengeluarkan notis untuk semua pemilik unit di Appartment E-Mas Villa berkenaan tanggungjawab membayar caj penyelenggaraan dan berkaitan di papan kenyataan di setiap ruang tangga bawah unit tuan/puan.
Sehubungan dengan notis tersebut pihak badan bersama E-Mas Villa telah meminta kerjasama pihak majlis perbandaran Sepang untuk mengeluarkan notis individu ke pemilik tertentu dimana tindakan menyita harta mudah alih boleh dilaksanakan keatas pemilik yang masih gagal melunaskan tunggakan caj mereka.
Tindakan ini diambilkira setelah pelbagai usaha dari pihak kami untuk mentadbir dan menyelenggara bangunan E-Mas Villa ini mengharungi jalan buntu kerana pungutan bulanan untuk yuran penyelenggaraan dan lain-lain amat mengecewakan.
Memburukkan lagi keadaan pihak SYABAS dan TNB telah memberi kata dua untuk melaksanakan pemotongan bekalan air dan elektrik di kawasan kita disebabkan kegagalan pihak badan pengurusan bersama menjelaskan bil-bil tertunggak mereka, terutama amaran pemotongan bekalan air oleh pihak SYABAS dimana akan mengakibatkan semua penduduk mendapat kesan dari pemotongan ini disebabkan meter pukal E-Mas Villa masih menjadi laluan utama bekalan air ke unit-unit anda semua.
Pihak kami mengakui kelemahan yang ada didalam pentadbiran dan pengurusan pihak badan bersama selama ini, dimana banyak aduan di terima oleh penduduk setempat berkenaan servis yang tidak konsisten. Ingin diajukan disini, keberkesanan servis adalah bergantung kepada kedudukan kewangan kita juga, dimana pihak badan pengurusan bersama hanya bergantung harap dari kutipan bulanan dari semua pemilik sahaja disamping itu terpaksa menanggung hutang yang sangat banyak dan mengakibatkan sesuatu servis itu akan ditimbal balik dahulu mengikut keperluan utama penduduk sebelum menbuat sebarang keputusan.
Perlu diingatkan tanggungjawab memastikan kesejahteraan penduduk E-Mas Villa bukan hanya terletak di bahu pihak badan pengurusan bersama sahaja, semua penduduk mesti memberikan kejasama yang penuh di dalam membantu keberkesanan pengurusan dan penyelenggaraan bangunan kita.
Di sini saya mewakili pihak bdan pengurusan bersama E-Mas Villa merayu kerjasama anda semua untuk menggalas tanggungjawab bersama membantu badan kita ini dari semua segi tidak terbatas kepada menjelaskan bayaran bulanan sahaja, tetapi juga dari aspek menentukan jatuh naiknya komuniti kita keseluruhannya.
Rabu, April 14, 2010
Kembali ke Rahmatullah
Semua penduduk di Pangsapuri E-Mas Villa mengucapkan takziah diatas kembalinya anak beliau ke rahmatullah. Al-Fatihah.
Langgan:
Catatan (Atom)