Selasa, April 05, 2011

Maklumbalas Aduan Kejadian Tanah Runtuh

Untuk perhatian semua penduduk E-masvilla, berhubung dengan aduan kejadian tersebut yang telah dilaporkan oleh salah seorang dari penduduk E-Masvilla, disini saya sertakan maklumbalas terkini dari pihak Majlis Perbandaran Sepang untuk makluman kita bersama.

Kepada Saudara AMIAN ALIMAN BIN ABDUL KHALID (Blok C-304), masvilla bagi pihak JMC mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala usaha yang saudara lakukan demi keselamatan kawasan Pangsapuri E-Masvilla. Bersama-samalah kita berdoa agar tindakan segera akan dilakuan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

No. Siri Aduan: 10916
05 Apr 2011
C-304 APPT E-MAS VILLA,
JLN MAWAR 2A,
TAMAN MAWAR,

U/P : SAMIAN ALIMAN BIN ABDUL KHALID
MAKLUMBALAS JAWAPAN
Perkara di atas adalah dirujuk dan berkaitan.
Terima kasih di atas aduan pihak tuan.

1) Untuk makluman pihak tuan,lawatan tapak telah dilakukan pada 29 mac 2011 dan mendapati aduan adalah benar. pemantauan berkala akan dilaksanakan berterusan untuk memantau pergerakan tanah dan seterusnya menilai sebarang kaedah pembaikan yang sesuai.
Jika terdapat sebarang pertanyaan,sila hubungi Pengarah Kejuruteraan Majlis Perbandaran Sepang En.Zulkefli Bin Mohamed Arif ditalian 03-83190200 Ext:232.
Oleh yang demikian, pihak majlis berharap tuan/puan berpuas hati dengan penjelasan di atas.

Sekian, terima kasih.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,

Jabatan Kejuruteraan
Majlis Perbandaran Sepang
* Ini adalah cetakan komputer & tidak perlu ditandatangani
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Isnin, April 04, 2011

Tanah Runtuh: Tempat Meletak Kenderaan

Kepada semua penduduk di Blok B, Pangsapuri E-Masvilla. Diminta kerjasama semua untuk meletakkan kereta anda di tempat letak kereta di antara blok B dan C. Tujuan arahan ini dikeluarkan adalah sebagai langkah  untuk mengelakkan sebarang kejadian kerosakan yang mungkin berlaku tehadap kereta tuan-tuan kerana dari pemerhatian pihak kami, keadaan tanah runtuh pada bukit di hadapan blok B semakin buruk.

Disebabkan keadaan hujan dan panas yang tidak menentu, dikhuatiri tanah bukit tersebut akan runtuh. Pihak JMC sedang berusaha untuk mengambil tindakan yang perlu bagi menangani masalah ini. Diharap semua penduduk di Blok B mengambil serius terhadap perkara ini.

Khamis, Mac 31, 2011

Mesyuarat Kali ke-2 Ahli Jawatankuasa JMC E-Masvilla

Kepada semua Ahli Jawatankuasa JMC, mesyuarat tersebut akan diadakan di dewan serbaguna E-Masvilla pada 3 Apr 2011 selepas solat isya'. Semua Ahli Jawatankuasa di minta hadir pada tarikh tersebut.
Perkara yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:

1. Mengesahkan minit mesyuarat pertama JMC E-Masvilla.
2. Perlantikan Biro2.
3.Hal-hal lain.

Selain dari mesyuarat tersebut, semua Ahli Jawatankuasa di jemput juga berjemaah Solat Maghrib di Surau E-Masvilla kemudian kita akan bersama-sama menziarahi sahabat di kawasan kita iaitu En Zulkifli (C-G10). Beliau telah selamat menjalani pembedahan pintasan jantung pada 25 Mac 2011.

Rabu, Mac 23, 2011

Mesyuarat Kali Pertama Badan Pengurusan Bersama (JMC) 2011

Maklumat kepada semua AJK, mesyuarat tersebut akan diadakan pada 23 Mac 2011 selepas solat isya' di dewan sebaguna E-Masvilla.

Agenda Mesyuarat:

1. Pengesahan minit Mesyuarat Agung Luarbiasa 2011.
2. Isu tanah runtuh.
3. Bincang isu-isu pengeluaran cek bagi perbelanjaan yang dipersetujui.
4. Mengemaskini status akaun untuk mesyuarat yang kedua.

Isnin, Mac 21, 2011

Kejadian Tanah Runtuh Di Hadapan Pangsapuri E-Mas Villa

     Kejadian tanah runtuh....., apakah tindakan yang harus diambil memandangkan sebahagian tanah di kawasan bukit berhadapan Pangsapuri E-Masvilla dilihat telah mengalami keruntuhan yang agak teruk. Kepada siapakah harus kita adukan perkara ini...? Diharap para penduduk yang melihat keadaan ini dapat memberikan input tentang tindakan yang boleh kita ambil untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku...?

Klik disini untuk melihat keadaan tanah runtuh tersebut.

Ahad, Mac 20, 2011

Mesyuarat Agung Luarbiasa Pangsapuri E-Masvilla

Mesyuarat telah diadakan seperti tarikh dan masa yang telah diberitahu. Mesyuarat telah di pengerusikan oleh En Mohamad Yang bin Salleh selaku Pengerusi baru yang telah dilantik bagi penggal 2011/2013. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

1. Majlis perasmian.
2. Pembubaran Ahli Jawatankuasa Badan Pengurusan Bersama (JMC) sedia ada.
3. Perlantikan pengerusi mesyuarat.
4. Pemilihan pencatit minit mesyuarat.
5. Perlantikan Ahli Jawatankuasa badan Pengurusan Bersama (JMC) baru.
6. Hal - Hal lain.

Kos bagi mesyuarat ini adalah seperti berikut:
1. Belanja makan dan minuman       - RM 800
2. Sewaan 2 buah khemah              - RM 360
3. Fotokopi notis menyurat Agong  - RM 15

Barisan Ahli Jawatankuasa JMC P/Puri E-Mas Villa penggal 2011/2013
Klik untuk melihat lebih gambar

Rabu, Mac 16, 2011

Mesyuarat EGM Masvilla

Penduduk E-Masvilla dijemput untuk hadir ke mesyuarat EGM Masvilla pada tarikh dan waktu seperti berikut:

Tarikh:        19 Mac 2011.
Tempat:       Dewan Serbaguna Masvilla.
Waktu:        10 pagi.

Tujuan mesyuarat adalah bagi melantik Ahli Jawatankuasa baru JMC. Marilah kita bersama-sama hadir meramaikan mesyuarat tersebut demi kerukunan komuniti kita seluruhnya. 

Selasa, Februari 01, 2011

Hazard Report : Tanah Runtuh

01 Feb 2011 1800H. Hari ini setelah kawasan ini di landa hujan beberapa hari, masvilla telah terlihatkan satu keadaan berbahaya yang boleh dikongsi bersama semua penduduk E-Masvilla dan juga Taman Mawar. Masvilla telah terjumpa satu runtuhan kecil tanah di kawasan bukit bersebelahan Pangsapuri E-Mas Villa.

Pandangan dari rumah pengawal Pangsapuri E-Masvilla
Apakah punca keadaan ini terjadi.? Tanah runtuh berpunca daripada kegagalan bahan tanah atau batuan yang tidak dapat bertahan dari satu kedudukan akibat beberapa faktor tertentu. Oleh itu, proses susutan jisim tanah berlaku pada permukaan bumi. Punca berlakunya tanah runtuh boleh disebabkan oleh beberapa faktor ringkas iaitu:
 
a.   Kandungan air yang tinggi menyebabkan tanah menjadi tepu dan hilang sifat kohesifnya. Tanah akan menjadi longgar dan mudah bergerak serta mengalir ke tempat lain. Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil.

b.   Berat melampau yang terhasil dari pengumpulan hujan atau salji (dlm kes ini tx mungkin ada salji) ,timbunan batu atau bijih (bijih pun mungkin tidak), daripada timbunan sampah, atau struktur binaan manusia yang memberi tekanan kepada cerun lemah hingga runtuh.
c.   Hujan lebat yang berterusan juga boleh mengakibatkan tanah cerun menjadi tepu dan longgar serta berkemungkinan besar mengalami runtuhan. 

Pandangan secara dekat dari Pangsapuri E-Masvilla
Jadi, kepada penduduk-penduduk yang terbaca artikel ini, mohon berikan pendapat anda apakah tindakan yang seharusnya kita lakukan bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku.  Bersama-sama ini masvilla sertakan gambar keadaan berbahaya tersebut untuk dikongsi bersama.








Isnin, Januari 10, 2011

Kejadian Depan Mata

Pada hari sabtu yang lepas, 8 jan 2011......setelah agak lama tx menulis......masvilla telah menyaksikan satu keadaan yang menyebabkan menaikkan kemarahan. Ada ker patut mamat nie, masvilla ingat dia nie orang luar....sebab tx besa tgk kelibat dia sebelum nie. Ada ker patut dengan malas dan selamba dia buang sampah di tepi pagar bangunan Blok C sedangkan rumah sampah rasanya bukanlah jauh mana pon.

Terus saja masvilla sound dia..."hallo brader....tong sampah tx jauh pon.....buang sampah jgn merata2lah". Tx taulah kenapa tetapi pada masa melihat dia melakukan onar di kawasan kita nie....datang perasaan marah yang sangat2. Dengan selamba mamat tu pon ambil semula sampah dia tadi...disimpah dalm kereta dia dan berlalu pergi. Hah.....puas hati masvilla. Jadi kepada penduduk2.... jagalah kebesihan kawasan kita ini.....jgn buang sampah merata2.

Seperkara lagi.... tolonglah kalau nak buang sampah dari rumah tuan2 tu....pastikanlah air2 sampah yang ada tu jgnlah meleleh2 sepanjang jalan tuan2 ke rumah sampah. Prihatinlah sikit dgn jiran tetangga.....bukan kita sorang jer yang guna tangga tu.

Isnin, Disember 20, 2010

Rumah Untuk Di Sewa

     Kepada para penduduk E-Masvilla atau pemilik unit-unit rumah di Pangsapuri E-Mas Villa, sekiranya ada maklumat rumah untuk di sewa di kawasan kita ini, sila maklumkan dalam komen atau shoutbox kerana ada diantara pengunjung-pengunjung blog ini yang bertanyakan rumah untuk di sewa. Terima kasih.

Khamis, Disember 02, 2010

SAMBUTAN AWAL MUHARRAM (TAHUN BARU ISLAM)

Kepada semua penduduk Pangsapuri E-Mas Villa, satu majlis sambutan Tahun Baru Islam 
akan diadakan di Surau E-Mas Villa pada 6 Dis 10. Majlis tersebut akan bermula 
sebelum solat maghrib.

Aturcara Majlis:
Bacaan Doa akhir tahun
Bacaan Doa awal tahun
Solat Maghrib
Bacaan Yaasin
Solat Isya'
Jamuan makan

Marilah kita bersama-sama menjayakan majlis tersebut.

Jumaat, Oktober 15, 2010

Perjumpaan Bersama Ahli JMC E-Masvilla

Pada 14 Oct 2010 telah diadakan satu perjumpaan bersama pihak JMC bagi membincangkan pendekatan yang boleh di ambil untuk meningkatkan tahap keselamatan di Kawasan kita ini. Umum telah tahu bahawa pencerobohan rumah telah beberapa kali berlaku dan sekiranya tiada sebarang langkah di ambil untuk mengatasi kemelut ini, maka masvilla percaya kejadian tersebut akan berulang.

Pejumpaan telah di adakan di surau E-Masvilla selepas solat isya'. Masvilla melihat ini adalah satu pendekatan yang positif dilakukan oleh pihak JMC kerana bagi Masvilla JMC sahaja tidak akan dapat dan tidak boleh melakukan apa yang mereka agendakan sekiranya tidak melibatkan persetujuan penduduk. Alhamdulillah , Masvilla berharap ini sebagai satu titik permulaan kerjasama antara JMC dan penduduk E-Masvilla bagi menguatkan komuniti kita ini, walaupun kehadiran pada malam tersebut tidaklah ramai tetapi boleh dianggap bagus. Banyak perkara telah dibincangkan bagi mencari jalan untuk meningkatkan tahap keselamatan di kawasan kita ini. 

Untuk pengetahuan semua, persetujuan telah dicapai bagi mengadakan satu majlis muhibbah bagi semua penduduk E-Masvilla dalam masa terdekat ini. Antara cadangan agenda adalah ceramah keselamatan dari pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk memberi kita seberapa banyak pengetahuan tentang bagaimanakah caranya untuk menjaga keselamatan kawasan kita ini, bukan itu sahaja, beberapa agenda  lain juga telah dirangka bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Kepada semua penduduk diharap dapat bersama-sama hadir pada majlis yang akan berlangsung nanti. TQ




Isnin, Oktober 11, 2010

Bajet 2011

Pembentangan Bajet 2011 pada 15 Okt 2010. Apakah harapan anda..? Sama-sama kita saksikan pembentangan oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak.

Sabtu, Oktober 02, 2010

Projek Pembinaan Blok Pangsapuri E-Masvilla

Kelihatan digambar adalah projek pembinaan bangunan pangsapuri E-Masvilla yang melibatkan 3 buah blok bangunan baru blok A, D dan F. Pembinaan ini adalah bagi menlengkapkan 6 buah blok pangsapuri idi kawasan ini. Pembinaan tersebut dilihat berjalan dengan lancar. 
 Pihak JMC disarankan agar memeriksa kawasan bangunan tersebut kerana dikhuatiri terdapat air-air takungan yang disebabkan oleh hujan dan ini boleh menyebabkan pembiakan nyamuk-nyamuk aedes yang boleh mengakibatkan gajala demam denggi berleluasa. Sekiranya ada, diminta pihak JMC agar melaporkan kepada pihak-pihak berwajib terutama pihak kontraktor dan pemaju (MFCB) agar membersihkan kawasan pembinaan tersebut. Semburan 'Fogging' juga dicadangkan dibuat setiap 2 minggu.

Pencerobohan Rumah

Buat pengetahuan semua penduduk E-Mas Villa, beberapa kes pecah masuk rumah telah berlaku di kawasan kediaman kita dan jumlah kes sehingga kini berjumlah 3 kes. Kes terbaru adalah di kediaman C-209. Justeru, semua penduduk dinasihatkan supaya memastikan rumah tuan2 dan puan2 sentiasa berkunci sepenuhnya apabila tiada di rumah. Bagi rumah2 yang tiada geriji keselamatan, pastikanlah rumah tuan2 puan2 dipasang dengan geriji keselamatan bagi menghalang pencuri-pencuri mendapat laluan mudah ke kediaman anda.

Pihak JMC diminta agar mengambil langkah-langkah yang perlu dengan segera bagi mengelak kejadian ini daripada berulang. Kepada para penduduk, diminta agar bersama-sama berganding bahu bagi memastikan kawasan kediaman kita sentiasa berada di dalam keadaan yang aman dan tenteram.

BERSAMA MENCEGAH JENAYAH. LAPORKAN KEPADA PIHAK BERKUASA SEKIRANYA ANDA MELIHAT SEBARANG KEADAAN YANG MENCURIGAKAN.

Rabu, September 29, 2010

Memakir Motosikal

Kepada semua pemilik-pemilik motosikal yang tinggal di Appt E-Mas Villa..... supaya tidak meletakkan motosikal anda di hadapan tangga bangunan masing-masing. Perbuatan anda dengan meletakkan motosikal di hadapan tangga akan merumitkan penduduk-penduduk yang lain. Justeru kerjasama pemilik-pemilik motosikal dalam memastikan perkara ini tidak berulang adalah dipohon.

Khamis, September 02, 2010

Candid Camera

Hah....apalah yang di buat 'dek' anak2 dara nie malam2 buta. Mungkin tgh mengemas kereta kot. Takan lah malam-malam buta... dah tak ada waktu siang ker dik oi...... apa pun kepada aweks ini.....selamat berpuasa...hahaha...

Selasa, Ogos 31, 2010

Penggunaan Stiker Kenderaan

Mulai 09 Sep 2010, penguatkuasaan penggunaan stiker kenderaan akan dikenakan terhadap semua pemilik kenderaan yang menetap di Pangsapuri E-Mas Villa. Justeru, para penduduk boleh mendapatkan stiker tersebut di pejabat JMC dengan bayaran RM 5 sahaja.

Ahad, Ogos 08, 2010

Solat Tarawih

Sempena hadirnya ramadan pada tahun ini...surau E-Mas Villa akan menganjurkan solat sunat tarawih. Justeru semua penduduk E-Mas Villa yang beragama islam dijemput beramai-ramai mengimarahkan surau kita.

Sabtu, Julai 31, 2010

Bayaran 'Maintenance Dan Singking Fund'

Kepada semua penduduk E-Mas Villa yang telah mendapat invois terkini yang menyatakan bahawa terdapat kegagalan membuat pembayaran bagi bulan-bulan yang tuan-tuan atau puan-puan telah membuat pembayaran. Tuan-tuan dan puan-puan dinasihatkan agar berhubung terus ke pejabat JMC dengan membawa bukti pembayaran bagi pengesahan pembayaran. Masalah ini mungkin disebabkan proses pertukaran AJK yang baru selepas mesyuarat Agung Luar Biasa pada 27 Jun 2010 yang lalu. Saya bagi pihak JMC memohon berbanyak maaf sekiranya keadaan ini menimbulkan kerumitan pada tuan-tuan dan puan-puan.

Bagi penduduk yang masih belum membuat pembayaran, tuan-tuan dan puan-puan di nasihatkan agar menyegerakan pembayaran tersebut bagi memudahkan pihak JMC mengurustadbir  kawasan kita ini. Kejasama dari semua amatlah diharapkan. Terima kasih.